Monday 9 September 2013

Info 1: apa itu hiv?

sebenarnya, setelah saya mengetahui didi dijangkiti hiv..saya telah mula mencari info berkenaan penyakit tersebut... sementelah dalam beberapa bulan selepas itu kami ingin melangsungkan perkahwinan..bagi saya, semua ini penting.....
buat yang tidak pernah mengetahui...saya kongsikan sedikit info yer...kalau salah....harap boleh betolkan....

Apa itu HIV (Human Immunodeficiency Virus) ?

HIV adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Terdapat 2 jenis virus HIV iaitu HIV-1 dan HIV-2. HIV-1 merupakan jangkitan yang sangat berbahaya kepada orang ramai manakala HIV-2 pula tidak begitu berbahaya. HIV menyerang Sistem daya tahan badan, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif HIV tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS kerana AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

* Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Dalam keadaan normal, sel-sel ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Apabila HIV telah menyerang badan seseorang, sel-sel ini tidak lagi mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kerana telah dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh HIV. Ini bermaksud bahawa HIV akan turut memusnahkan keupayaan tubuh badan untuk melawan penyakit.

* AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome – Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit)

AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. AIDS merujuk kepada kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif HIV. Dengan lumpuhnya keupayaan tubuh, mereka yang dijangkiti HIV lebih mudah terdedah kepada pelbagai jenis kuman termasuklah yang tidak membahayakan manusia normal. Di antara penyakit-penyakit ini termasuklah jangkitan-jangkitan oportunistik (iaitu yang mengambil kesempatan) seperti radang paru-paru, batuk kering, thrush (selaput putih pada lidah dan dalam mulut), beberapa jenis barah dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap.

AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa:
  • Fasa 1: Bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu.
  • Fasa 2: Di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang tertentu.
  • Fasa 3: Membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisme pertahanan tubuh.
  • Fasa 4: Pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar ‘infeksi oportunistik’ seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi.
  • Fasa 5: Pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisme pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain.
Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?

HIV boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut:
  • Melalui perhubungan seks tidak selamat dengan mereka yang positif HIV.
  • Hubungan seks anal, oral(mulut), dubur, faraj tanpa perlindungan dengan pasangan yang dijangkiti.
  • Hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah daripada mereka yang dijangkiti masuk ke dalam badan orang lain.
  • Hubungan seks tanpa menggunakan kondom lateks jika pasangan positif HIV.
  • Perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak mempunyai luka atau ruam pada kulit mereka dimana salah seorang adalah positif HIV.
  • Melakukan hubungan seks tidak selamat dengan pelacur atau pondan atau berbilang pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka (berisiko).
  • Melalui perkongsian jarum atau bahan-bahan suntikan dengan orang yang dijangkiti.
  • Mempunyai pasangan yang mengambil dadah (berisiko).
  • Dari ibu ke anak semasa kehamilan, kelahiran atau menyusu badan jika si ibu adalah positif HIV.
Jika anda pernah melakukan salah satu daripada perkara-perkara di atas maka terdapat kemungkinan anda telah dijangkiti virus HIV. Jangan perkecilkan kemungkinan ini kerana virus HIV membiak dan memusnahkan sistem ketahanan badan secara senyap-senyap walaupun anda kelihatan sihat sahaja tanpa sebarang tanda atau simptom.

HIV hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan (darah termasuk darah haid, air mazi dan air mani) daripada individu yang telah dijangkiti memasuki tubuh individu yang belum dijangkiti. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan, kudis atau lain-lain cara. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.

Seks selamat meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positif HIV. Seks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan.

(source: www.radioinformasi.com)

di blog abang najmi pun banyak info berkenaan hiv...anda semua boleh baca yer..... saya sendiri byk membaca di blog abang najmi dan blog-blog lain.... sampai sekarang pun saya masih membaca dan memahami walaupun saya tak tahu apa kan terjadi pada hubungan kami .......


No comments:

Post a Comment