Thursday 3 August 2017

Bella dan didi

Assalamulaikum....

Ada yang tanya bella... mcm mana bella dan didi sekarang..sudah berpisah atau belum since bella dah lama tidak ber cerita.....

Buat pengetahuan semua.... bella dan didi belum berpisah..,, kenapa?

Jangan cakap ... dah agak....eh, bodohnya dia nih....

biar bella cerita ye....

Hujung tahun lepas...di kala bella berada di keadaan nekad.. dan mahu meneruskan perpisahan.....didi kena buat pembedahan.... di bahagian kepala.....pada masa tersebut, bella sendiri dalam di lema...mak mertua risau...sedih... merayu pada bella untuk teman dan jaga didi....

Didi?

Dia cakap pada bella.. takpe, di paham... bel tak payah susah susah untuk di...di okay je... minor operation je....

Bella termenung jugak pada masa tu.... terus terang bella cakap, bella dalam dilema...ikut rasa sakit hati...bella lantakkan aja.... tapi bella masih waras...bella masih seorang isteri... dan bella bukan orang yg kejam...itu sgt bukan bella....biar orang buat kita, jgn kita buat orang..... ayah selalu pesan, apa yg orang buat kita di dunia...jgn kita balas,... biar Allah yg balas di akhirat kelak....

Akhirnya, bella ikut kata hati...bella bagitahu didi....bella akan ada dengan dia sehingga dia selesai semua....sehari sebelum operation, didi dah warded....bella datang petang tu... kemas apa patut... bawa makanan... bella menumpang di rumah sahabat baik...

Di hari pembedahan, mak mertua..adik ipar...... didi agak lmbt dipanggil masuk.... sempat la mak mertua jumpa dan sembang.... bella tak banyak bercakap...bella memerhati mereka sekeluarga... walaupun bella perasan, didi byk kali tengok bella...dengar juga, mak mertua bella banyak kali cakap...tengok lang, isteri juga yang ada waktu sakit...dan didi tunduk...diam....

Operation amik masa lebih 10jam..sepanjang tu..bella..ibu mertua..adik ipar ada di hospital..menunggu.... selepas isyak, bella diberitahu selesai tp didi belum sedarkan diri... kesian melihat mak mertua.... bella minta izin untuk beri keizinan dia menjenguk anak... di dalam wad pemerhatian dalam OT... nasib baik nurse dan doktor bertugas okay..... mak mertua bella keluar dan suruh bella masuk... bella tak nak... bella cakap, takpe mak...esok pagi bella datang awal... mak mertua pandang sayu dan angguk..

Hampir seminggu didi di hospital.... selepas masuk ke wad biasa... buang wayar kencing... bella papah didi ke toilet...lap badan... suapkan mknan...guess what?didi menangis.. ada beberapa ketika, bella nampak semua tuh... ada masa, didi akan tny..bel dah mkn ke? Ambik la duit dalam wallet di... bella x banyak ckap, just cakap,... takpe.... didi tidur, bella akan gi solat...or baca buku...or tgk tv ....

Begitu la rutin seminggu sampai didi boleh balik.... even di rumah mertua...bella jaga beberapa hari sebelum balik bekerja... selebihnya, mak mertua jaga since luka pun makin okay...dressing didi gi sendiri....

Selepas semua ni lah.... didi berubah sikit demi sedikit....

Bella tahu, bukan senang nak berubah... bella pun sampai sekarang tak menaruh harapan walau macam macam didi buat untuk buat bella jadi bella yang dulu....macam macam sampai semua ahli keluarga bella dan dia sendiri nampak perubahan tu...

Bella?

Luka yang terlalu dalam ni....bukan senang nak sembuh.... beza nya, bella bagitahu didi.... ni yang terakhir , andai ditakdirkan kantoi lagi.... kita ke pejabat agama....didi berjanji kali ni dgn bella...

Nanti bella story lagi sebab lain didi berubah.....

7 comments:

  1. You're strong. Only God can repair your kindness to your husband despite his behaviour, but always put yourself first.

    ReplyDelete
  2. smoga bella dilindungi oleh Allah

    ReplyDelete
  3. bella
    lama mira tak singgah
    cuba bertenang mungkin

    bella apa khabar?
    hm...please let go of him
    u deserve a better life my dear
    hati yg lebih tenang

    u deserve much more

    bella.. mungkin mira pun bercakap utk diri sendiri.. kepada sendiri..
    dan mira lebih pengecut... sangat

    tapi mira suka kalau kawan2 mira berjaya lepaskan dari tangle ni..
    sebab takkan ke mana

    huhu.. sorry kalau macam2 sgt merapu di sini..

    take care dear..

    ada rezeki boleh jumpa

    ReplyDelete
  4. Bella nanti nk minta pandangan bella juga ya. Thanks update blog.

    ReplyDelete
  5. Hi Bella,

    I'm your new readers. We're in the same boat. Don't worry. Percaya dengan ketentuan Allah. Ada sebab kenapa kite dijodohkan dengan suami. Memang sepanjang perkahwinan pelbagai onak duri. Macam-macam dugaan. Ada masa rasa give up dengan hidup. Tapi entah macam mana saya tetap terima dia sampai sekarang. Sebab saya percaya yang saya sedang berjihad untuk bawa dia ke jalan Allah.

    Alhamdulilah I'm happy with him now. N tak tahu sampai bila. Harap samapai ke hujung nyawa. Naluri dia mungkin kite takkan dapat ubah. Tapi hati, rasa kasih, rasa sayang tu tak mengira siapa dan sentiasa berpanjangan. Trust me. Jika dia cuba untuk ubah diri sendiri, teruskan support dia. Tapi jika dia persiakan u, u deserve a better life.

    Love,
    akusrikandimu.blogspot.my

    ReplyDelete
  6. Salam Bella,

    Saya baru terjumpa blog Bella. Saya baca dari mula sehingga akhir. Rasa sedih dan sebak. Saya selalu merungut mengapa Allah pilih saya melalui semua ujian ini. Tetapi bila baca kisah hidup orang lain, saya rasa sangat sangat malu dengan Allah kerana saya tidak tahu erti syukur.

    Kisah hidup saya seakan akan Bella. Cumanya saya dikurniakan seorang anak hasil perkahwinan dgn arwah suami yg juga seorang gay.

    Sepanjang 10 tahun perkahwinan sy..saya lalui apa yg Bella lalui. Tidak dihargai, ditipu, isteri hanya pada nama. Saya telan semuanya. Tiada siapa pun yg sy kongsi kisah hidup saya.

    Saya jauhkan diri dari teman2 sekolah, seuniversiti, kerana tiada apa yg dapat dikongsikan kisah hidup saya yg penuh onak dan duri.

    Ditakdirkan tuhan, suami saya jatuh sakit. Seminggu di icu dan meninggal. Sewaktu di icu, saya dimaklumkan suami mempunyai hiv. Rasa melayang, hilang nyawa saya.

    Sehingga kini tiada siapa yg tahu suami sy ada hiv, kerana sy ingin menjaga aib suami. Sewaktu urusan jenazah, saya minta hospital uruskan dan tiada siapa dibenarkan melihat setelah suami dikafankan kerana sy amat2 ingin menjaga aib arwah.huhuhu

    Saya diminta oleh doc untuk membuat ujian darah bg menentukan samada sy dijangkiti hiv. Ujian pertama negatif. Ujian kedua doc kata ada wujud tanda2.mungkin dlm window period Huhuhu. Sy diminta buat ujian ketiga. Masih lagi menunggu keputusan awal bulan lapan. Doakan sy sihat. Sy risaukan anak sy jika kesihatan sy terjejas...huhuhu

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Puan, saya Luthfi consultant Zurich Takaful. Saya ingin berkongsi dengan Puan tentang produk takaful baharu yang boleh di-apply oleh pesakit PLHIV.

    Puan boleh tengok link dibawah ni (Twitter) saya. Saya ingin membantu kawan-kawan PLHIV untuk ada protection Takaful demi masa depan keluarga.

    https://t.co/1Lzp6l7GUl <-- link

    Terima kasih

    Regards,
    Luthfi

    0174228911

    ReplyDelete