Monday 24 February 2014

sedang bercuti

Baru berkesempatan menulis blog..di kala subuh hari di sini....

Alhamdulillah percutian ini berlangsung dengan baik....

InsyaAllah. .bella pulang pada hari jumaat....



Ps: sini sejukkkk dan nyaman....

Friday 21 February 2014

cuti cuti

Bella sedang membersihkan rumah.... packing barang untuk bercuti ...

Semalam boss dah warning siap2.... 'bella, you balik dari bercuti ni... hope you lebih bersemangat.. kita banyak kerja nak disiapkan'....


Aduh...belum lagi bella bercuti menenangkan fikiran..boss dah sound...

InsyaAllah boss.... bella pun nak dapat jadi pekerja contoh..  nak naik pentas masa dinner... **berangan saja bella ni tau...hehe*


Kalau ada kesempatan semasa bercuti, bella cuba update yer...kalau tak... bella buat lipatan kenangan peribadi bella sahaja lah....

Doakan perjalanan bella selamat pergi dan balik... dan kesihatab bella pun baik2 saja di sana....

Assalamualaikum

berbagai kejadian

Minggu ini bella agak sibuk..terkejar sana sini..meeting sana sini.... pulang ke rumah setiap hari di kala jam 10 malam....

Hari jumaat menghadiri meeting daripada pagi sehingga lewat petang.... penat rasa nya.. macam2 yang berlaku. ..

Tak mampu bella nak taip menggunakan telifon comel bella ni..hehehe. ..


Minggu depan...bella akan bercuti selama seminggu.... berehat... melapangkan fikiran walau pun untuk seketika..bella cuba untuk menikmati cuti bella....

Melupakan kemelut di jiwa...melupakan segala permasalahan bella....harap2 nya..bella mampu la...


Teman baik bella berkata.... kenapa bella masih menangguhkan urusan penceraian bella dan didi?

Jawapan bella.. tidak semudah itu... bella bukan hanya memikirkan diri bella...bella perlu memikirkan orang lain... keluarga dan lain2... dengan didi sendiri tidak seperti mahu melepaskan bella... hhhmmmm...

Ikatan perkahwinan bukan semudah itu..seandainya pertunangan..percintaan...bella rasa, bella dah lama tinggalkan didi...tetapi ikatan yang bella pegang sekrng... perkahwinan. ...

InsyaAllah. .. doakan bella ye semua

Tuesday 18 February 2014

kerja

Kerja menimbun.... di pegang yang ini...yang itu terasa perlu buat...belum lagi bab meeting.....bella terpaksa bekerja keras....minggu depan bella bercuti.... mencari damai.....


Jam sudah 12.30mlm.... baru membaringkan diri.... penat sangat rasa nya minggu ini...

Monday 17 February 2014

12.30pagi

Setiap malam..bella cuba tidur awal..tetapi, akhirnya.... 12 lebih masih terkebil kebil di atas katil....

Otak ligat berfikir... kadang tu tidak sedar pukul berapa tertidur....sedar azan subuh....jarang sangat bella dapat tidur awal dan lena....

Tidur awal tetapi jam 2pagi terjaga....4 pagi terjaga..sudah nya,  esok mengantuk..atau kepala sakit....huhuhu

Ok .bella cuba untuk tidur...selamat malam semua... semoga hari ini lebih baik dari semalam..aamiin!!!

hhhhmmmm

Selepas kes gaduh kali yang ke berapa tu... esok pagi nya..didi mesej minta maaf.... dan serahkan pada bella untuk buat keputusan. ...

Bella agak terkejut didi mesej minta maaf sebab last sekali kami gaduh..seminggu lebih kami tidak berkomunikasi....atau hampir 2 minggu...

Bella terfikir..adakah sebab dia memang berkasar dengan bella masa itu? Sebab ayat2 yang didi lontarkan pada bella agak kasar...agak 'kurang ajar'.... mungkin dia terasa sendiri. ...

Tetapi, bella yang kena buat keputusan? ? Kenapa bella??

Adakah sebab bella semua ini berlaku? Kalau bella buat keputusan,  boleh ke didi terima? Bella bukan senang melupakan segala kata2 didi pada bella....segala tuduhan tidak berasas didi pada bella....bella adalah orang yang akan mengaku kalau betul salah bella...

Jangan tuduh sesuatu yang bella tidak buat.... bella tidak boleh terima
...

Friday 14 February 2014

gaduh untuk ke sekian kali nya

malam tadi... bella dan didi bertengkar untuk kesekian kali nya.... bergaduh sebab sama... apabila bella bertanya pasal kes kekasih hati nya...

macam biasa, didi menafikan sekerasnya.... dan macam biasa... menyalahkan bella....siap menafikan kekasih hati bagitahu pasal bella called kekasih hati..padahal, bella simpan lagi mesej kekasih hati dia mengaku dah bagitahu didi pasal tu...

bermula lepas itu la, didi mengamuk.... marah-marah bella..cakap dia dh bosan dengan semua ini... dah lama dia pendam..dia diamkan..tahan sabar dengan perangai bella...

ayat didi ' bella duk bawak mulut..duk cerita sana sini..suka sangat..dia dah bosan dengan semua ni'

macam -macam.....

ayat sama jugak.... jangan kacau kawan-kawan dia...semua kawan-kawan dah marah..dia malu...

ini part yang bella paling tidak boleh terima...dan bella memang mintak penjelasan..siapa kawan-kawan dia yang bella kacau... seingt bella..bella hanya pernah berkomunikasi dengan 2 orang sahaja...

yang pertama... lelaki di JB... dan kelmarin...kekasih hati dia... 2 makhluk Allah ni je yang bella pernah contact...bila bella tanya..siapa?

B: siapa kawan-kawan yang bella kacau? siapa?
D: tak perlu tahu siapa..patut sendiri tahu
B: bella hanya tahu..bella berkomunikasi dengan dua orang sahaja.. si FF dan IB....itu sahaja... dengan FF dah lama since last bella mesej dia.... IB hanya baru kelmarin...
D: jangan nak main ugut-ugut...paksa-paksa 
B: bella tak boleh terima didi cakap bella kacau kawan-kawan didi..sebab bella tahu dengan siapa bella pernah bercakap..mesej...jadi, bagitahu bella sekrang ni..siapa yang bella kacau?
D: dah la..cukup

korang semua baca prt yang bella bold tuh...ugut-ugut..paksa-paksa.....

macam mana didi boleh sebut pasal ugut? paksa....

kisahnya, antara perbualan bella dan kekasih hati didi

B: saya hanya mahu penjelasan ..bukan nak marah awak atau apa...kalau saya ni nak buat gila, saya dah pergi pejabat awak..saya malukan awak kat sana... awak rasa apa tindakan mereka sekiranya saya tunjukkan bukti? awak boleh di buang kerja tahu... ni adalah kesalahan tatatertib... kalau saya ke mahkamah bersama bukti ini, awak pun akan dipanggil... awak nak semua tu? saya boleh buat, tapi saya tak kan buat..sebab saya nak selesaikan cara baik.. saya tak nak malukan sesiapa...saya tak nak awak atau didi dibuang kerja semata mata kerana masalah ini....(walaupun jauh di sudut hati bella, bella tak tahu sejauh mana kebenaran semua ni,.bella buat ayat gempak je..hehehe)

jelas bukan?macam mana didi boleh tahu pasal ugut ..paksa kalau IB tak bagitahu dia??? sedangkan dia bagitahu bella, dia takde berhubung dengan IB langsung.....

kantoi di situ kan???

pergaduhan kami di akhiri dengan ayat agak kasar drpd didi....tak perlu la bella tulis di sini....

bella ingin jelaskan di sini..... bella bukan canang cerita pada semua orang....bella hanya berkongsi rasa hati bella dengan mak mertua bella dan keluarga didi... kalau bella biarkan sendiri...bella tak mungkin kuat.... mak mertua bella sangat memahami walaupun jauh di sudut hati..bella tahu,.. mak mertua akan menangkan anak nya.... anak kandung berbeza dengan menantu..hakikat yang bella sedar...

didi ada menyatakan..kenapa bella tak bagi tahu je semua orang yang dia ni tunggu masa je nak mati? yang dia ada HIV.... biar keluarga bencikan dia... biar dia hilang keluarga..

kalau bella sekejam itu, kenapa bella terima dia dulu? kenapa dia tidak fikir semua.. kalau bella ni jahat, bella tidak akan sanggup bertahan menjadi anak dara sehingga sekarang... kenapa dulu bella tidak pernah mengadu? semasa kami bahagia... bella tidak pernah cakap apa-apa...jauh sekali bercerita apa -apa ..bella simpan semua sendiri....

alasan didi tidak menghiraukan bella, sebab dia marah dengan bella... sebab bella bawak cerita......

itu saja la alasan didi daripada dulu sampai sekarang...... maaf la...sedikit panjang entry kali ini.... takpe..bella simpan entry ini sebagai satu diari di dalam kehidupan bella... mungkin suatu hari...didi akan baca semua ini... di saat kami bukan lagi suami isteri

Wednesday 12 February 2014

pilu.....

Bella tidak bekerja hari ini. .. tidak ada rasa untuk bekerja... iye...mungkin kerana bella telah dapat jawapan semalam walaupun  bukan  sepenuhnya....

Di saat ini,

Bella rasa pilu.....hiba....sebak.... dan lain2 rasa lagi... sukar untuk bella gambarkan perasaan bella saat ini... Allah sahaja yang tahu...

Bella tidak tahu adakah didi sudah mengetahui yang bella menelefon kekasih hati nya... bagi bella, itu semua sudah tidak penting...

Ya Allah,  peritnya.... walau bella sudah bersedia dengan segala kemungkinan dlm hubungan ini...tetap... bella rasa perit..sakit...kecewa.... hancur luluh hati bella.... berkecai rasa nya....

Mungkin kerana... bella masih sayang.... sukar untuk bella hapuskan rasa sayang..cinta bella pada didi.... sangat sukar.... 7 tahun bukan waktu yang singkat untuk bella melupakan....

Maafkan bella... waktu ini bella rasa sangat emosi... hati bella berkecamuk... jiwa bella separuh pergi....ya Allah..... seksa nya rasa ini....


**pergi la derita...pergi jauh dari bella....pergi la..... sejauh mana engkau mahu pergi....


akhirnya...

Semalam... bella tidak tahu dari mana datang kekuatan bella.... bella call kekasih hati didi...bella dah lama dapat nombor dia... tetapi bella tidak pernah rasa mahu call.... tetapi semalam.... bella rasa bella perlu call dia...

2kali bella call..baru berangkat... suara sangat manja... bagi lelaki..bella rasa suara dia manja...

Tetapi, apa yang bella tanya..semua tidak berani di jawab.....  dia hanya jawab.. 'u tanya la dia sendiri..I tak nak masuk campur..I taknak burukkan keadaan'

Dan bella tahu..... setiap apa yang bella tanya..semua nya betul..sebab lama dia terdiam setiap kali bella tanya....sehingga akhirnya.. dia jawab macam di atas...

Paling bella sedih...bila dia tanya bella... 'u sayangkan dia?'

Kenapa perlu tanya bella..bella adalah isteri..bella bukan kekasih...ISTERI... yang sah dan halal....

Dia ada tanya bella.... 'u taknak selamatkan hubungan u ker?'

Bella jawab... u sanggup berpisah dengan didi? Dia diam... senyap....

Cukupla kan..terjawab segala persoalan....bila di tanya kisah2 percutian mereka.... dia diam....sebab semua betul....

Sedihkan???

Monday 10 February 2014

kerja oh kerja

bella perlu berkursus di luar kawasan... oh...rasa penat apabila saat-saat akhir dapat arahan....

boss,

lain kali jangan buat macam ni.... kesian kami ni boss..... kerja melambak atas meja ni boss.....


* tuntutan kerja..demi berpinggan-pinggan nasi ..heheheh.... mana tahu dpat tenangkan fikiran..cuci-cuci mata ...kursus di tepi pantai nih...

penangggggg.... tunggu kami

Friday 7 February 2014

LAra hati...

minggu lepas..bella terdengar lagu ini di dalam bas menuju ke KL.... menitik airmata bella.... mendalam maksud dan cerita di sebalik lagu ini....

LARA- ADIRA
Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia..

Thursday 6 February 2014

didi

sudah lama bella tidak mengikuti sangat perkembangan kesihatan didi....  cuma, baru-baru ini..bella ada bertanyakan didi bila appointment dia seterusnya....

last bella ingat, didi ada bagitahu bella...doktor suruh bella buat HIV test lagi sekali...sebab dah 2 tahun kahwin .... kiranya last bella buat adalah sebelum berkahwin.... didi suruh bella buat di perak... tetapi bella tidak mahu menanggung risiko...

risiko apa?


risiko terserempak dengan kawan-kawan bella yang bekerja sebagai nurse, doktor atau apa sahaja... bella tak mahu.... baik bella buat di hospital yang sama dengan didi.... bella ada jugak baca... beberapa farmasi yang menjual HIV kit.... nanti la bella cuba carik... baik bella beli sendiri atau bella try cari private....

semasa bella bertanya, didi bagitahu dalam bulan 3 macam tu ada appointment...bella bagitahu akan ikut dia... cuma, bella terasa hati bila didi cakap.... biasanya dia akan gerak daripada pejabat dia..maksudnya, half day kerja sebab temujanji petang.....

bella hanya jawab...takpe..bella tunggu didi di hospital sahaja...bella akan usaha ke sana sendiri..bella tidak mahu menyusahkan didi... didi hanya reply.... 'ikutlah'....didi sepeti tidak bersetuju bella mahu ke sana....entahla...bella tahu, hubungan kami tidak seperti dulu..sewaktu di tahun pertama perkahwinan..bella teman didi dulu... kami berkaunseling bersama....

cuma, bella sendiri tidak tahu kenapa bella terasa ingin berjumpa doktor.... sekali gus, check status bella....

mungkin,

ini akan menjadi kali yang terakhir bella menemani didi sebagai seorang isteri...MUNGKIN....bella sendiri tidak tahu ....cuma, bagi bella.... andai ini yang terakhir, biarlah bella menjadi seorang isteri yang menemani suami di saat susah dan senang...

bella ingin tahu sendiri...CD4 didi berapa dan lain-lain....

masih cinta? masih sayang?

tipu kalau bella katakan... bella tidak sayangkan didi...tidak cintakan didi sehingga ke saat ini.....  didi cinta teragung bella...dulu, semasa bella mengetahui status didi.... bella terima seadanya.... pasrah dengan ketentuan Allah.... bukan kerana memikirkan malu... dan bella bersedia dengan segala kemungkinan....

sakitnya hati bila mengetahui kecurangan didi adalah lagi sakit drpd mengetahui status PLHIV didi.... itu bella tidak boleh terima..... rasa cinta..rasa sayang bella mungkin berada di tahap minimun.... sedikit kesilapan dan bukti sahaja, boleh merubah segala nya....

bella buat didi berjanji ..tidak akan menghubungi kekasih hatinya (bella namakan IS)...  walaupun bagi bella mustahil. tetapi semua itu bella simpan sebagai bukti...

doakan la bella berjaya mengharungi semua ini.....

Wednesday 5 February 2014

Bahagia Mu Derita KU

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Tuesday 4 February 2014

sedikit lega

cuti baru-baru ini, bella berkesempatan berjumpa ayah mak.... berlaku perkara penting di sini.... yang membuatkan bella sedikit lega tetapi ada rasa lain juga.... hhhmmm

lega kerana,

mak bella telah berterus terang dengan bella.... apa yang menjadi tanda tanya di hati adik beradik, ayah dan mak bella berkenaan hubungan bella dan didi..... mereka menjadi pemerhati selama ini... mereka semua rasa, didi tidak berlaku adil pada bella... didi mengabaikan bella... didi tidak syang pada bella.... dan mereka kecewa dengan didi....

mak bella berpesan,

' kalau bella sudah tidak mampu bertahan, mak faham... balik, jumpa ayah..berterus terang dengan ayah... kalau setakat ini sahaja jodoh bella dengan didi, mak percaya... ayah boleh terima...mak tak mahu bella terus menerus terseksa... hidup kita ni bella, duit banyak macam mana sekali pun.. kalau tak bahagia, tak guna...  kalau Allah kata, setakat ini sahaja jodoh bella dan didi.... nak buat macam mana...ada la jodoh bella dengan sesiapa selepas ni'

korang rasa, apa perasaan bella??

bella menangis...tersedu sedu.... itu sahaja yang mampu bella lakukan... sedih dihati...kecewa dihati...Allah sahaja yang tahu


rasa lain,

mak bella bertanya, apa masalah sebenar?

korang rasa, mampu bella sebut kenapa?...... tidak... bella hanya mampu bercakap..bella tak tahu sebab apa.... dengan hubungan kami yang jarak jauh.... dan kesibukan kerja....  mungkin itu penyebab nya.....

jauh di sudut hati bella, bella tahu.... mak bella dan ayah bella tidak percaya alasan tersebut.....

ayah bella akan cuba berbincang dengan didi nanti... bella hanya mampu terdiam sahaja.....

rasa lain,

bella sedih bila ayah dan mak bella tidak mahu naik satu kereta dengan kami...... sebelum ni, mereka sangat suka naik bersama kami.... sekrang, tidak lagi,...  ayah bella, tidak memandang muka didi walau di kedai makan.... duduk sebelah-sebelah tetapi tidak ada lagi perbualan mereka....

di kedai makan, bella duduk dulu...didi ambil makanan.... ayah bella terus tanya,

'didi mana?'

bella tahu, ayah bella sudah terasa hati...kecewa dengan didi....

terus terang bella cakap, bella sedikit lega apabila mak dan ayah bella tahu pasal masalah ini walaupun mereka tidak mengetahui sebab sebenar.... at least, kalau bella berpisah.... sebab musabab tu mereka boleh terima dan nampak....

doakan bella berjaya menghadapi semua ini.....