Friday 14 February 2014

gaduh untuk ke sekian kali nya

malam tadi... bella dan didi bertengkar untuk kesekian kali nya.... bergaduh sebab sama... apabila bella bertanya pasal kes kekasih hati nya...

macam biasa, didi menafikan sekerasnya.... dan macam biasa... menyalahkan bella....siap menafikan kekasih hati bagitahu pasal bella called kekasih hati..padahal, bella simpan lagi mesej kekasih hati dia mengaku dah bagitahu didi pasal tu...

bermula lepas itu la, didi mengamuk.... marah-marah bella..cakap dia dh bosan dengan semua ini... dah lama dia pendam..dia diamkan..tahan sabar dengan perangai bella...

ayat didi ' bella duk bawak mulut..duk cerita sana sini..suka sangat..dia dah bosan dengan semua ni'

macam -macam.....

ayat sama jugak.... jangan kacau kawan-kawan dia...semua kawan-kawan dah marah..dia malu...

ini part yang bella paling tidak boleh terima...dan bella memang mintak penjelasan..siapa kawan-kawan dia yang bella kacau... seingt bella..bella hanya pernah berkomunikasi dengan 2 orang sahaja...

yang pertama... lelaki di JB... dan kelmarin...kekasih hati dia... 2 makhluk Allah ni je yang bella pernah contact...bila bella tanya..siapa?

B: siapa kawan-kawan yang bella kacau? siapa?
D: tak perlu tahu siapa..patut sendiri tahu
B: bella hanya tahu..bella berkomunikasi dengan dua orang sahaja.. si FF dan IB....itu sahaja... dengan FF dah lama since last bella mesej dia.... IB hanya baru kelmarin...
D: jangan nak main ugut-ugut...paksa-paksa 
B: bella tak boleh terima didi cakap bella kacau kawan-kawan didi..sebab bella tahu dengan siapa bella pernah bercakap..mesej...jadi, bagitahu bella sekrang ni..siapa yang bella kacau?
D: dah la..cukup

korang semua baca prt yang bella bold tuh...ugut-ugut..paksa-paksa.....

macam mana didi boleh sebut pasal ugut? paksa....

kisahnya, antara perbualan bella dan kekasih hati didi

B: saya hanya mahu penjelasan ..bukan nak marah awak atau apa...kalau saya ni nak buat gila, saya dah pergi pejabat awak..saya malukan awak kat sana... awak rasa apa tindakan mereka sekiranya saya tunjukkan bukti? awak boleh di buang kerja tahu... ni adalah kesalahan tatatertib... kalau saya ke mahkamah bersama bukti ini, awak pun akan dipanggil... awak nak semua tu? saya boleh buat, tapi saya tak kan buat..sebab saya nak selesaikan cara baik.. saya tak nak malukan sesiapa...saya tak nak awak atau didi dibuang kerja semata mata kerana masalah ini....(walaupun jauh di sudut hati bella, bella tak tahu sejauh mana kebenaran semua ni,.bella buat ayat gempak je..hehehe)

jelas bukan?macam mana didi boleh tahu pasal ugut ..paksa kalau IB tak bagitahu dia??? sedangkan dia bagitahu bella, dia takde berhubung dengan IB langsung.....

kantoi di situ kan???

pergaduhan kami di akhiri dengan ayat agak kasar drpd didi....tak perlu la bella tulis di sini....

bella ingin jelaskan di sini..... bella bukan canang cerita pada semua orang....bella hanya berkongsi rasa hati bella dengan mak mertua bella dan keluarga didi... kalau bella biarkan sendiri...bella tak mungkin kuat.... mak mertua bella sangat memahami walaupun jauh di sudut hati..bella tahu,.. mak mertua akan menangkan anak nya.... anak kandung berbeza dengan menantu..hakikat yang bella sedar...

didi ada menyatakan..kenapa bella tak bagi tahu je semua orang yang dia ni tunggu masa je nak mati? yang dia ada HIV.... biar keluarga bencikan dia... biar dia hilang keluarga..

kalau bella sekejam itu, kenapa bella terima dia dulu? kenapa dia tidak fikir semua.. kalau bella ni jahat, bella tidak akan sanggup bertahan menjadi anak dara sehingga sekarang... kenapa dulu bella tidak pernah mengadu? semasa kami bahagia... bella tidak pernah cakap apa-apa...jauh sekali bercerita apa -apa ..bella simpan semua sendiri....

alasan didi tidak menghiraukan bella, sebab dia marah dengan bella... sebab bella bawak cerita......

itu saja la alasan didi daripada dulu sampai sekarang...... maaf la...sedikit panjang entry kali ini.... takpe..bella simpan entry ini sebagai satu diari di dalam kehidupan bella... mungkin suatu hari...didi akan baca semua ini... di saat kami bukan lagi suami isteri

4 comments:

  1. normally menda2 mcm ni lelaki tak suka cakap... yalah kan dah berada di pihak salah. cakap jugak mmg akan jadi mcm mengaku pulak. kalau bawak cakap jugak boleh jadi bahan gaduh, naik berang tak pasal2 silap haribulan kena pukul.

    jalan paling sesuai, acknowledge the matter personally jelah.

    itu pendapat saya lah. tak guna jugak bercakap dgn org yg tak mo ngaku ni. buat hati panas aje.

    ReplyDelete
  2. Itu lah..susah sgt nak mengaku..sy bukan nk buat apa pun..saya sendiri dh redha dengan semua ini.. hanya mahu kepastian...

    Bukti dah ada... yg sorang cakap lain..yg ni cakap lain... tu yg sampai bila2 tidak akan selesai masalah...

    Bila cakap nk selesai cara baik, saya diperli...dimarah... hhhhmmmm.....

    ReplyDelete
  3. Bella...

    Tak mampu Ita nak bayangkan permainan emosi Bella sekarang. Peritnya... tapi, Ita rasakan Bella perlu melangkah..

    Tetapi langkah yang bagaimana?

    Hm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ita,

      Bella memg ingin melangkah.... bella bersedia untuk melangkah tetapi itu lah.... didi menafikan dan menyukarkan semua ini...

      Doakan yang terbaek untuk bella ye ita.... perit itu... sebahagian drpd diri bella sekarang ita. .hanya Tuhan je tahu sebenarnya....huhuhu

      Delete