Tuesday 4 February 2014

sedikit lega

cuti baru-baru ini, bella berkesempatan berjumpa ayah mak.... berlaku perkara penting di sini.... yang membuatkan bella sedikit lega tetapi ada rasa lain juga.... hhhmmm

lega kerana,

mak bella telah berterus terang dengan bella.... apa yang menjadi tanda tanya di hati adik beradik, ayah dan mak bella berkenaan hubungan bella dan didi..... mereka menjadi pemerhati selama ini... mereka semua rasa, didi tidak berlaku adil pada bella... didi mengabaikan bella... didi tidak syang pada bella.... dan mereka kecewa dengan didi....

mak bella berpesan,

' kalau bella sudah tidak mampu bertahan, mak faham... balik, jumpa ayah..berterus terang dengan ayah... kalau setakat ini sahaja jodoh bella dengan didi, mak percaya... ayah boleh terima...mak tak mahu bella terus menerus terseksa... hidup kita ni bella, duit banyak macam mana sekali pun.. kalau tak bahagia, tak guna...  kalau Allah kata, setakat ini sahaja jodoh bella dan didi.... nak buat macam mana...ada la jodoh bella dengan sesiapa selepas ni'

korang rasa, apa perasaan bella??

bella menangis...tersedu sedu.... itu sahaja yang mampu bella lakukan... sedih dihati...kecewa dihati...Allah sahaja yang tahu


rasa lain,

mak bella bertanya, apa masalah sebenar?

korang rasa, mampu bella sebut kenapa?...... tidak... bella hanya mampu bercakap..bella tak tahu sebab apa.... dengan hubungan kami yang jarak jauh.... dan kesibukan kerja....  mungkin itu penyebab nya.....

jauh di sudut hati bella, bella tahu.... mak bella dan ayah bella tidak percaya alasan tersebut.....

ayah bella akan cuba berbincang dengan didi nanti... bella hanya mampu terdiam sahaja.....

rasa lain,

bella sedih bila ayah dan mak bella tidak mahu naik satu kereta dengan kami...... sebelum ni, mereka sangat suka naik bersama kami.... sekrang, tidak lagi,...  ayah bella, tidak memandang muka didi walau di kedai makan.... duduk sebelah-sebelah tetapi tidak ada lagi perbualan mereka....

di kedai makan, bella duduk dulu...didi ambil makanan.... ayah bella terus tanya,

'didi mana?'

bella tahu, ayah bella sudah terasa hati...kecewa dengan didi....

terus terang bella cakap, bella sedikit lega apabila mak dan ayah bella tahu pasal masalah ini walaupun mereka tidak mengetahui sebab sebenar.... at least, kalau bella berpisah.... sebab musabab tu mereka boleh terima dan nampak....

doakan bella berjaya menghadapi semua ini.....

No comments:

Post a Comment