Tuesday 11 November 2014

Takdir

hari ahad baru-baru ini, bella dikejutkan dengan berita kematian suami kepada sahabat akrab bella,...sangat mengejutkan kerana kami tidak pernah tahu arwah sakit... bella paling tersentak kerana setahun kebelakangan ini, bella sekadar bertanya khabar sahaja dengan sahabat bella....

dulu ada juga bella berkunjung ke rumah beliau kalau bella kena outstation di johor....  suka duka sepanjang kenal dia..sahabat bella drpd tadika... kisah percintaan beliau dengan arwah suami... semua bella tahu....kehidupan beliau sendiri pun bella tahu....

ralat rasa hati sebab tak mampu menjenguk..berada di sisi beliau di saat-saat sebegini.... malam nya, bella menelefon beliau...di awal perbualan, okay... tetapi bella cuba sedaya upaya menahan sebak di dada...mencuba sedaya upaya...

di saat beliau menyebut tentang anak-anak beliau..bella kalah....kalah pada kesedihan...lebih pada sesalan...

kejam nya bella sebagai seorang sahabat.... kejam kerana setahun kebelakangan ini bella tidak mengambil tahu tentang beliau...hidup beliau....

sahabat, bella minta maaf.... bella lalai dan gagal menjadi sahabat yang baik....insya Allah, selepas ini....bella cuba menjadi sahabat yang lebih baik......

sahabat, tabahlah dalam menempuhi kehidupan mendatang.... tabahlah demi dua cahaya mata... harta yang ditinggalkan oleh arwah...

semoga semua yang membaca , mensedekahkan al fatihah buat arwah suami sahabat akrab bella.....

al fatihah!!!

Monday 10 November 2014

terlalu lama .....

terlalu lama rasa nya tidak menjengah blog ini.... kesibukan kerja...kecelaruan perasaan...kemalasan pun ada....

terlalu banyak yang berlaku sepanjang tempoh tidak mengarang... sampai kan...tidak larat untuk di coretkan..tidak mampu untuk diluahkan.... pendam sahaja la rasa itu...

apa pun yang berlaku..hidup harus di teruskan....

nanti sahaja..bella sambung mengarang... ada panggilan kerja sebentar