Thursday 16 June 2016

ramadhan ke 11

sekejap je masa berlalu..sudah hari ke 11 rupanya berpuasa... dibulan puasa nih, bella kadang berbuka seorang diri...kadang bersama teman-teman...apabila berbuka seorang diri, terdetik dihati.... alangkah indahnya kalau ada suami...ada anak-anak.... terutama apabila hujung minggu... syahdu sangat

di hari jadi bella, didi antara orang pertama mesej bella...walau bella hanya baca masa bersahur segala ucapan2 .... didi mohon maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki..termenung bella seketika membaca ucapan tersebut...

di,

bel minta maaf... bel tak mampu nak maafkan di buat masa sekrang...luka di hati sgt dalam di...terlalu dalam.. susah untuk sembuh kembali luka ini... seperti mana bel tak mampu nak maafkan semua yang terlibat dlm runtuhnya rumahtangga yang bel pertahankan selama 5tahun nih... secebis pun bel tak mampu nak maafkan semua orang...

ye, bella tahu... mungkin bella kejam... sedangkan memberi maaf kepada orang lain adalah perkara yg mulia..di tambah bulan puasa yang penuh barakah ini.... susah korang...susah... yang pernah mengalami atau sedang mengalami mungkin faham... peritnya semua ini....

maafkan bella...memang buat masa sekrang, bella tidak mampu nak memberi kata maaf pada didi..dan semua yang terlibat.... betapa hancurnya hati dan perasaan bella ... tak mungkin sekelip mata bella lupakan semua nih... berilah bella masa,....

owh..bella dah selamat menjalani sesi temuduga untuk menyambung pelajaran... semoga ada rezeki... insyaAllah...

bukan senang nak senang,
bukan susah mahu susah.....

to those who broke my heart

Assalamualaikum....Hi,

Thank you for the tears, i spent almost all of my nights
drowning myself to tears.
All of those tears I've shed taught me
that it's okay to cry, that it's okay not be "okay".


Thank you for not giving me answers, at the time i was more confused
than ever that why do things need to have an ending.
And for some reason you can't spill out any acceptable reason why.
i learned that some things are better left unsaid. 


Although i didn't understand why it was over between us.
but you know what? It saved me from enduring more pain.
it saved me from questioning more than i already had to question.
Also, I learned that things just don't happen if there's no reason.


You also taught me that feelings an people can change faster
than the blink of an eye,
just like many other things in life.

You taught me to be prepared for anything, to not completely give my heart
to someone, that I need to spare something for myself too.
Most importantly, you taught me that it's possible to care for someone
no matter how much they may have hurt you. because no matter how much i hated you,
you're still the person I loved first, but not the person i fell in love with anymore.

You taught me that time is never wasted if you spend it with someone you love.
I thought that i'd be hurting forever, but I learned
that eventually i'd be okay, that eventually my heart would heal.

And lastly I want to thank you for breaking my heart, because if you haven't?
I will never be the person I am today.

And thank you, for leaving me, because I found my self when I lost you.

Words by: Bojie Galamay

Monday 6 June 2016

Salam Ramadhan

ahlan wa sahlan ya ramadhan....

bulan yang di nanti...bulan yang penuh barakah....

alhamdulillah, masih di panjangkan usia untuk menikmati barakah bulan ramadhan.... walaupun sekrang bella belom 100% bebas... tapi alhamdulillah... terasa sedikit lega..bebanan rasa nya sudah berkurangan... bella sendiri baru balik drpd bercuti.... menenangkan fikiran...even handphone yg digunakan untuk kerja-kerja pejabat pun bella tinggal di bilik hotel.... heheheh..

walaupun begitu, bella masih berhubung baik dengan ipar duai... bagi bella, yang buat salah adalah didi..bukan mereka... andai selepas semua selesai, mereka tidak sudi berkawan dengan bella..bella redha.... didi sendiri selepas last mesej yang bella hantar untuk berjumpa... 9.5.... tidak menghubungi bella.... mungkin dia pun dah rasa happy dengan kebebasan yang dia idam-idamkan... bagusla.... moga kekal bahagia dan sihat hingga akhir hayat...

untuk ramadhan kali ini, walau sendirian... alhamdulillah..bukan kali pertama bella sendirian..dh hampir 3tahun sendirian dan berbuka bersama teman2.... cuma, kali ini perasaan sedikit berbeza... takpe lah....  takdir Allah

untuk hari raya, bella sendiri belum tahu apa akan berlaku... kita sama-sama tunggu dan lihat ....

rabu. bella ada temuduga untuk sambung pengajian..alhamdulillah, orang kata..sebelah kaki dah melangkah..semoga berjaya...doakan bella ye dpt menyambung phd....  Allahu rabbi... Allahu yassir wala tuassir....


ps: jun adalah bulan kelahiran bella... bertabah usia setahun lagi...heheheh

Monday 16 May 2016

kehidupan sekarang

alhamdulillah...

hidup bella sekarang walau pun belum selesai sepenuhnya kes dengan didi... ada sedikit rasa lega... mungkin sebab bella dah buat keputusan muktamad... insyaAllah... bella cuba selesaikan tahun nih... doakan bella ye...

bukan bella tidak sayang pada ikatan perkahwinan ni...tipu la kalau tidak sayang... 5 tahun hidup sebagai suami isteri... 9tahun bersama...byk susah dan senang...byk airmata mahupun gelak tawa yang ada... mana mungkin dilupakan... cuma, didi tidak berubah.... kesal rasa di hati... peluang demi peluang di beri...bermula tahun kedua perkahwinan..sehingga saat bella memohon dilepaskan...

ye, ada yang akan cakap... lama nya bertahan..bodoh nye.... bagi diri bella, setiap orang ada kisah silam.. baik atau buruk kisah mereka..terpulang... setiap orang berhak di beri peluang.. tapi ye la..nama pun manusia... mudah lupa...tewas pada nafsu...

anda tidak berada di tempat bella... anda tidak  tahu sepenuhnya kisah ini...anda tidak rasa apa bella rasa..apa bella hadapi... bukan satu perasaan dan hati bella perlu jaga...seboleh bolehnya bella tidak mahu melukakan hati sesiapa... terutama ibu ayah mak mertua...cukupla ayah bella menitiskan airmata di hari akad nikah bella... bella tidak mahu dia menitiskan airmata kerana perpisahan bella dan didi....

alhamdulillah, hidup bella sekarang nih... gembira..bella sibukkan dengan kerja,.. sementelah bella akan mengetuai satu projek besar di hujung tahun nih... dengan menunggu panggilan interview untuk sambung belajar... macam2 la yang akan berlaku dalam hidup bella... doakan yang baik2 yer...maaf la... sebenarnya, bella bukan sambung master... tapi phd... malu nak bagitahu semua orang...bella meneruskan impian bella...impian arwah bonda bella...insya Allah...

ramadhan hampir  muncul.... semoga ramadhan ini lebih bermakna....ahlan wasahlan ya ramadhan....

Sunday 8 May 2016

hhhmmm

hari ini, bella mesej didi untuk menetapkan satu tarikh... bella ingin berjumpa didi... untuk menyelesaikan segala kekusutan dan penyelesaian...

bella bagi satu tarikh.... jumaat untuk berjumpa... minta didi untuk apply cuti...sebenarnya, nak ke pejabat agama...

jawapan didi mudah sgt.... x pasti..kenapa

bella nyatakan untuk berjumpa...

'nak jumpa kenapa....'

bella rasakan tdak perlu membalas mesej didi.... setengah jam kemudian... didi mesej... 'penting ke'

bella pun tidak membalas.... nada didi mesej..dia dalam keadaan marah...

kdang bella fikir, aku ke yang salah? sape sebenarnya yang salah dlm hal ni? kenapa kau nak marah aku pulak? sape yang buat hal sebenarnya?

dulu didi pernah nafikan semua bukti2 yang bella pernah baca tuh...katanya, suka2 je..dah org mesej,dia reply..dia layan... logik ke?? subhanallah.....

adakh didi marah sebab bella kacau kekasih2 dia? ingt bella suka-suka hati ke nak mesej orang.. ayat bella pun bukan maki hamun...tapi mungkin la kekasih2 didi terasa kasar... orang kata..sapa makan cili, dia terasa pedas....

entahla.... kalau sampai tarikh tersebut didi tidak memberi kata putus... bella buat la apa yang patut..... 

Kenangan

tipu kalau bella tidak teringat pada kenangan dulu-dulu... kenangan sepanjang 9 tahun yang terlalu banyak...suka duka...sedih gembira...pahit manis masam kelat semua ada...

kenangan bermula seawal detik perkenalan bella dan didi.... bella tidak salahkan orang yang memperkenalkan kami... tidak sama sekali...dia pun tidak tahu didi adalah begini orangnya.. siapa yang akan sangka... indahnya awal perkenalan dulu...

percintaan kami penuh dugaan...penuh ranjau.. macam-macam di hadapi untuk sampai ke tahap bertunang...pertunangan berlangsung dlm suasana sedikit sedih kerana baru seminggu lebih arwah ayah mertua meninggal... semasa tempoh pertunangan...indahnya masa tu.. masing-masing excited membuat persiapan kahwin sampai la... didi disahkan positif hiv beberapa bulan sebelum perkahwinan...rasanya 3 bulan sebelum... betapa risaunya semasa menghantar borang kahwin... kerana keputusan hiv disertakan bersama...

sehingga berlangsungnya majlis akad nikah yang ada sedikit kekalutan... majlis sanding yang menyaksikan didi menangis...mak mertua menangis... alhamdulillah..segalanya berlangsung lancar...walau ada sedikit kekalutan.. persandingan di belah didi sendiri meriah dengan kehadiran rakan-rakan bella...

tahun pertama perkahwinan..indahnya waktu tu... bulan puasa, didi datang ke perak berbuka dua kali...kami ke bazar ramadhan bersama sama..bersahur berdua dlm suasana simple...sambut anniversary dengan rakan-rakan rapat bella...sangat indah...sangat gembira...

tahun kedua.... didi duduk bujang... abang dan kakak ipar berpindah... bermula la kisah curang didi... berbagai penipuan...segala macam benda berlaku.... beberapa kali bella tegur... sampai akhirnya, bergaduh...beberapa kali hampir berpisah... bella di marah mak mertua..katanya sesenang itu bella ingiin berpisah...

awal tahun ke 4 perkahwinan..didi menunaikan umrah... bella penuh pengharapan, didi berubah selepas balik umrah...doa bella ...semoga ditunjukkan kebenaran... balik umrah, kami bergaduh besar kerana bella kantoi mesej dgn mg... ber baby papa bagai....bila bella tanya...dia nafikan. katanya salah mesej la ape la ..even dia sendiri cakap... kalau bella dah tak suka sangat..pergi tuntut fasakh....sebulan lebih kami tidak berkomunikasi...

akhirnya, 2.5 ...berani mengambil keputusan memohon untuk dilepaskan selepas bella kantoi lagi mesej2 didi dan mg... sanggup sehidup semati katanya....cinta didi untuk mg katanyaa..... hanya mg untuk didi ... berbahagialah korang lepas nih.... biarlah Allah yang membalas segalanya... '

bella cuba untuk menghubungi mg tetapi semua usaha gagal...bella di block sana sini... kalau la suatu hari, didi membaca blog bella...atau mg berjumpa blog ini....

satu je bella pesan....

mg,
jaga lah didi di waktu sakit didi nanti.... di waktu susah didi nanti... bella tidak tahu sampai bila didi akan sihat... walau didi dah start amik ubat...tetapi itu semua tdak menjanjikan apa-apa...

didi,

mungkin bella tidak seperti yang didi inginkan...bella tidak mampu memberi apa yang didi inginkan...bella doakan didi bahagia walau apa sekalipun yang didi lakukan ...dengan siapa didi bersama...

Wednesday 4 May 2016

Terlalu ikut perasaan

Assalamualaikum.....

di kala menaip ni... bella sambil dengar lagu Cinta dan Sayang (khalifah)... bait2 lirik nya... membuatkan bella tersenyum..indah susunan bait lirik...sesuai untuk yang sedang bahagia...

jangan bilang sayang, jgn bilang cinta...
benarkah dirimu hanya utk ku
jika benar /... ku serahkan jiwa raga ku...


sebenarnya, bella nak cerita..... pada hari yang sama bella memberi warkah terakhir untuk didi.... bella juga menghantar whatsapp kepada kekasih didi..MG... bella bagitahu..bella melepaskan didi untuk mg.. cuma satu harapan bella, jaga la didi di segenap waktu..susah dan senang..sihat dan sakit... tu je bella minta.... tapi syg, MG tidak membaca whatsapp tersebut....

bella juga whatsapp pada seorang lagi lelaki yang bella tahu kekasih didi juga.... bella namakan Is... is membaca mesej tetapi tidak berbalas... mesej kepada is beserta gbr mereka bercuti... pun benda sama bella minta... keesokan hari... bella mesej pula di fb is... kali ni, bella bagitahu... bella tidak akan maafkan semua yang terlibat dlm keruntuhan rumah tangga bella..sampai bila-bila pun bella tidak akan maafkan...sampai akhir hayat bella, bella tak mampu nak maafkan mereka.... tak lama kemudian, is reply di whatsapp....dia sudah tidak ada kena mengena dengan didi, atau pun dengan kami..dia bahagia dengan hidup dia..jangan ganggu dia lagi..

sesenang itu kan? ko bahagia sekarang tapi bella macam mana? betapa hancurnya hati dan perasaan bella...betapa terseksa nya bella selama ni dengan perbuatan korang.... di kala korang bercuti, bella mengharap didi hadir meneman bella...bella harap didi sedang bercuti bersama bella... korang sedap tidur sekatil...bella tidur seorang diri..merenung nasib...setelah bella ada bukti semua. semudah itu nafikan semua benda

MG pula... bella sms... kita perlu bercakap. jgn jadi pengecut..berani buat, berani tanggung.... sms tersebut sampai pd MG.. tpi tidak di balas... bella pm pulak di FB dia.... mlm tdi, bella tengok..dia dah blocked bella....betapa penakutnya..pengecutnya MG... mg ni cikgu....kalau tengok di fb..kemain lagi islamik..post yg dia public kan pun kemain pasal solat...pasal hadis2 ... bella rasa sgt lawak sebab dlm mesej2 dia kepada didi...kemain lagik.... sanggup sehidup semati...sampai bila2 takkan tinggalkan didi walau apa yg terjadi...sama la dengan didi..'baby yakin pada cinta papa.. selama nya baby milik papa.. baby hanya cinta papa seorang..dh bermacam rintangan kita harungi..bla bla bla..'

tpi baru bella mesej..dah blocked bella...itu yang ko sanggup sehidup semati?? macam ni ko pertahankan cinta haram korang?

malam tadi.... bella amik keputusan.. mungkin bella terlalu mengikut perasaan...sampai bella terus menerus ganggu kekasih2 didi... sahabt rapat bella remind bella.... mg ni orang sabah, takut macam2 di buat pada bella... betul jugak kan? kita serahkan pada Allah untuk membalas segala perbuatan mereka.

mesti korang pun rasa benda yang sama kan? yang bella mengikut perasaan... alhamdulillah.... ada sahabat baik yang mengingatkan bella... terima kasih sahabat...

Allahuakbar....

Monday 2 May 2016

cerita cinta berakhir

isnin 02.05.2016

akhirnya bella memberanikan diri .... memberitahu didi..untuk melepaskan bella.... walaupun hanya menggunakan surat...tetapi bella percaya..didi faham maksud bella...

cukupla bella bertahan untuk perkahwinan yang tidak jujur sebegini....yang bella langsung tidak di anggap penting.... langsung di nafikan hak sebagai isteri...

didi,

ini akhirnya kisah kita....
bella lepaskan didi untuk insan yang lebih didi sayang..yang lebih didi cinta..yang lebih didi fikirkan untuk bersama... yang didi ucapkan cinta,..kasih sayang ...rindu..tidak boleh hidup tanpa nya....

didi,

bella doakan didi akan lebih bahagia...akan lebih sihat... maafkan bella tidak dapat menunaikan janji bella dulu..untuk menjaga didi di waktu sakit didi... bella harap kekasih didi akan menjaga didi nanti... sebagaimana bella pernah menjada sewaktu didi demam denggi..atau mungkin lebih baik...bella percaya, mereka akan sanggup susah dan senang bersama didi... sanggup menjaga didi di kala HIV didi makin teruk... beruntung nya didi....

didi,

maafkan bella kerana tidak mampu menjadi isteri yang didi inginkan ..... yang didi dambakan... mungkin hadirnya bella di dalam hidup didi... menyusahkan didi..perlu drive jauh-jauh untuk balik kampung...perlu memikirkan untuk pulang beraya ke mana....perlu memikirkan untuk berjumpa bella sekali sekala...yang didi sebenarnya tidak ingin berjumpa... tidak ada rasa sebenarnya kan?

didi,

semoga perpisahan ini menjadikan didi lebih bahagia...mungkin ini yang didi tunggu selama ini...didi bebas melakukan apa sahaja... ke mana sahaja tanpa memikirkan isteri...walaupun didi tidak pernah berfikir pun selama ni kan?

didi,

ini akhirnya kisah kita....kisah perkenalan selama 9tahun termasuk perkahwinan yang hampir mencecah 5tahun... dulu bella menerima didi sepenuh hati..seikhlas hati...cinta sayang kasih bella hanya untuk didi....berbagai rintangan..halangan dlm hubungan kita dulu... mungkin didi lupa... lupa pada semua itu...lupa pada kenangan yang kita pernah ada....lupa pada susah payah nya membina perkahwinan...

didi,

mungkin didi lupa pada lafaz akad dan taklik yang di baca semasa akad dulu....didi permainkan janji didi pada ayah bella... didi mungkir pada janji didi pada Allah...didi lupa bella amanah Allah pada didi....

didi,

ini akhirnya cerita cinta kita.... hanya Allah sahaja tahu perasaan bella di tika ini... Allah itu maha adil didi... biarlah Allah tentukan balasan untuk didi dan mereka yang menjadikan bella sebegini... bella tidak mampu memaafkan didi sehingga akhir hayat bella... bella tidak cukup kuat untuk memaafkan didi... memaafkan semua orang yang menjadikan bella begini... bella tidak mampu memaafkan kalian semua...

untuk semua yang menjadi penyebab kepada musnahnya rumah tangga bella...

maaf, kalian tidak mendapat maaf drpd bella..hingga akhir hayat kalian... sekelumit pun bella tidak maafkan....termasuk didi....


insyaAllah...dalam bulan ini.. bella failkan cerai...doakan bella dapat melalui semua ini... dapat selesai dengan baik.... aamiin!

Thursday 7 April 2016

penipuan demi penipuan

bulan lepas harijadi kekasih didi.. bella namakan as mg..... bulan ni pulak bday didi.... bella boleh rasakan, didi ada plan something sempena birthday mereka.....

tepat sekali..... bella meng kantoikan sesuatu....  naluri seorang isteri ni kuat kan... bella sangat hairan apabila didi  melayan bella dengan baik.... kedua nya, dp di whatsapp pun...dia letak gambar kami berdua...sepanjang hampir 10 tahun perkenalan, itu la pertama kali nya gbr dp adalah gambar kami.... bella tahu, dia tak de maksud pun..... ketiga, beria mesej2...

then, hari sabtu tak silap bella.... dia bagitahu bella.... dia mungkin kena ke sabah... ada kursus di intan sabah. bella check semua tuh. kursus yang di apply gagal. katanya, kursus khas..bla bla bla..di situ dah nampak sesuatu.

isnin dan selasa, dia cakap ada audit di pejabat... hari rabu, katanya kena berkursus di kedah.... ok, agak pelik.macam la kau tahu kena gi kursus br hari tu kan.... kemudian, bella saja cakap, nak suruh member anta barang ke tempat kursus di kedah...sgt nampak didi menggelabah... siap tanya, nak anta ke mana?? bella cakap, anta ke tempat kursus la.... segala jenis alasan keluar.

kemuncak nya, didi cakap dia tetiba kena gi ke sarawak. urgent program sebab hanya dia je wakil jabatan utk program tuh.... hahahahhaha.... bella masa tu dh tergelak. bella tahu sebabnya..didi tahu perangai bella macam mana, bila bella kata akan hantar brg..bella akan usaha untuk hantar ke tempat di  maksudkan. sebelum kantoi, baik dia cari alasan. siap cakap, suruh driver hantar ke airport penang sebab nak naik drpd sana blik kl. sangat lawak.

then, pada petangnya...bella ternampak seorang kawan didi wish birthday di fb dia..sebut pasal makanan sabah. untuk pengetahuan semua, MG adalah orang sabah... dan bella sengaja like status tersebut. bella sempat ambil gambar...tidak lama kemudian, status tu didi dah hide kan.hahahahahaha....

bella ada mesej opismate dia tanya...didi bercuti ke? hari ni dia baru reply. rupanya betul didi cuti seminggu dan ke sabah katanya. opismate ingt dia ke sana dengan bella....bella teruskan je drama dengan didi. pagi tadi katanya flight jam 10.15 ke sarawak... sampai sana, bella tanya.balik hari ape..flight ape..dr mana. ..guess what?

'tak sure sebab XXX maybe nak melawat.so, tak tahu balik drpd mana. bintulu ke kuching ke' -didi bagitahu, dia ke miri-

takpe, nanti sampai hotel bagithu. again, he keep lying

'risau bergerak je nih. x tido sini' - apa korang tdo dlam kereta?? menipu belum pandai nampaknya

takpe. duk hotel mana, bagitahu..at least i know where are you now.

then, bella saja umpan dia bagi gambar kat sarawak.

'dalam kereta nih,entah kawasan mana dorang nak bawak.line teruk.kawasan pedalaman'

ala, selfie je la macam tuh

' pegawai suruh rahsiakan pergerakan , pastu nk selfie.nama je bengkel kami ni.tpi mcm kena jadi jentera pilihanraya kot.sebab semua pergerakan dia tak bagitahu'

hahaahhahahah...... sangat lawak kan.....korang nampak tak permainan dia. betapa dia cuba elakkan bagi nama hotel, bagi flight ape dia akan balik... bagi gambar dia bagai...

didi, walau bella tak nampak apa didi lakukan...Tuhan nampak semua nya di.... Tuhan maha adil. sampai bila didi nak menipu semua orang..

doa bella usai solat, Allah tunjukkan kebenaran. satu demi satu di... Allah tunjukkan...

di, kadang terdetik di hati bella... bella harap didi mati ..didi accident semasa dengan kekasih2 didi... walau bella tahu, tak baik doakan begitu...bukan doa, harap begitu.

hari ini , bella terbaca satu artikel....Allah uji seseorang setimpal dengan iman nya. sikit iman orang tu, kecik ujian nya. kuat iman nya, besar ujian nya. ujian dan dugaan adalah sebahagian cara menghapus dosa. Bella anggap, ini adalah ujian dan semoga terhapus dosa2 bella sedikit demi sedikit.

di, cinta bella dah lama mati....yang ada mungkin simpati, menjaga hati orang tua. menjaga kesihatan orang tua. di, sedarlah...di ada hiv... sapa nak terima didi dlm keadaan didi nanti... keluarga je akan terima didi... kenapa la didi buta dengan semua tuh.

di,

kalau betol didi sangat cintakan mereka... sampai masa bella undur diri..mggu depan, bella akan ke pejabat agama....

Sunday 20 March 2016

upgrade kehidupan

dah lama bella berfikir dan berkira-kira.....

bella rasa dah sampai masa kot..bella nak sambung belajar.... buat part time je lah... at least, terisi la sikit masa bella ...takde la nak berfikir macam-macam...

masa mula-mula dulu, rasa macam...buat apa sambung..kerja dh stabil...tapi, mungkin tu perancangan Allah untuk bella..... terasa macam berdebar bila dah amik keputusan sambung belajar.... insya Allah..bulan 9 ni bella akan sambung belajar...

doakan la bella berjaya habis belajar nanti...dengan cabaran kehidupan yang ada nih...kena pandai2 balance kan kewangan..emosi bagai...

ada hikmah yang kita mungkin tak nampak sekrng.... tapi akan nampak kemudian....aamiin!!!

Friday 18 March 2016

rumah 2

sekrang ni , tumpuan bella adalah kepada rumah yang ada... walau pun banyak perancangan, tapi kewangan yang tak berapa nak ada..membuatkan perancangan nya terbantut la sedikit..hehehe

tapi, perlahan-lahan la kan kita  mengumpul duit.... buat sikit-sikit.... janji kita selesa dengan rumah kita sendiri.... hampir setahun mendiami, tapi belum betul-betul habis mengemas. terfikir juga, malas nya bella nih. rumah kecik pun tak habis2 kemas...

hari tu, bella membeli sofa..dah jadi tempat lepak seharian ... hehehe...parah betul bila ada sofa, siap tertidur. rancangan tv entah ke mana, bella dah selamat ke lala land....

hidup seorang diri,..macam tu lah.kadang bila ada kawan ajak keluar, berfikir jugak,. malas nya...seronok bermalas malasan


ada beberapa perancangan yang bella sedang berkira hendak buat

1. memasang wallpaper di bilik tetamu
2. membeli dan memasang rak di bilik stor
3. menukar sinki di bilik air utama
4. memasang kabinet tv
5. memasang aircond di ruang tamu dan bilik utama

sebenarnya, terlalu banyak nak di buat tapi nanti la.... sikit2 kita buat....janji rumah tu selesa untuk didiami

doakan yer

Thursday 17 March 2016

ubat

selepas peristiwa tahun lps... kami tidak berkomunikasi sangat,.... komunikasi sgt terbatas... pernah sebulan lebih tidak ada komunikasi

ada sekali bella balik menjenguk mak didi yang tidak sihat (tahu daripada whatsapp group family didi)... bella balik sekejap je... jumaat petang sampai..sabtu bella tgh hr macam tu bella balik... dan didi sampai sabtu petang tu.... tak lama lepas bella bertolak balik...

walaupun keadaan tidak berapa elok, bella masih ingat mak didi... selagi bella bernafas...bella ingt

setelah hampir 3 bulan tidak bertemu.... akhirnya, kami berjumpa... macam orang asing..tidak tahu nak start perbualan..kebetulan masa tu bella ada kursus di kl... bella baru tahu didi dah start amik ubat.... 24jam sekali makan.... agak terkejut kerana dulu dia memang tak nak amik... katanya, cd4 dia bawah 200 dah... sebab apa..bella tak nak tanya kenapa boleh drop sangat... dia lagi tahu apa dia buat....

cuma, agak suprise dia dh start consume...bella ingat lagi dulu..dia memang taknak amik ubat..alasan dia..once dh start, tak boleh stop dah.... dan macam2 lagi alasan...walau dulu, cd4 dia pun tak brapa elok....terpulang la pada dia...dia pun takda berbincang or apa dengan bella..

kami seolah olah orang asing.... ada benda lain yang didi buat tapi takpe lah... walau sedikit kecik hati sebab tak berbincang or tanya bella tapi takpe la.... bella anggap, tu persediaan or hakikat yang bella kena terima...yang bella mmg dah lama takde kepentingan dlm hidup didi...

jangan tanya bila bella akan selesaikan semua nih.... ada sesuatu yang membuatkan bella tersangkut.... nanti la... doakan bella yer...


- Allah janjikan bahagia di akhirnya walau permulaan dan di tengahnya ada kesulitan dan kesukaran-

Thursday 21 January 2016

Rumah

bella sekarang dh duduk rumah sendirik.. walau bukan sesempurna mana, bella syukur atas rezeki yang Allah berikan....

sepanjang proses pindah, 2kali didi datang menolong..... pertama kali datang, didi hadiahkan  2 keping gambar canvas... gambar outdoor nikah dan sanding...kali kedua, dia hadiahkan karpet dengan warna kegemaran bella...

sekarang, dalam keadaan ini....

semua itu menggamit memori...

bukan tidak ada baiknya insan bernama didi... dia hampir sempurna di mata bella...

hampir......

rumah ini pun, didi menyumbang membeli lampu-lampu.... ampaian...  terima kasih di.... insya Allah.ada rezeki, bella bayar balik pada di..bella tidak mahu ada kenangan mengguris jiwa bella....

gambar canvas tu....mungkin bella letak di situ hingga sampai suatu masa.....suatu ketika....

Wednesday 20 January 2016

membisu

Assalamualaikum...

agak lama bella menyepi di sini... bella ade...kadang-kadang bella membaca balik entry lama... membaca blog rakan-rakan.... cuma untuk menulis...bella tiada kesempatan...masa sangat terhad...

setelah kes hari itu...bella dan didi menyepi..membisu...sementelah, didi ada menyebut pasal fasakh dan lain-lain..seolah olah memberi hint pada bella...

insya Allah... bella akan merealisasikan kehendak didi... bukan bererti bella menyerah kalah pada situasi... bagi bella, didi dah buat pilihan..memilih kekasih2 dia...

keluarga bella sudah tahu kami bermasalah... jadi, mungkin ini memudahkan... mak  mertua bella sendiri membela anak nya... jadi, takpe lah... bella rasa, didi sendiri tidak perlukan bella dalam kehidupan dia...

berbahagialah di...

bella doakan, di di beri hidayah suatu hari nanti.....

dulu, bella pernah cakap pd diri sendiri.... andai suatu hari, sakit didi semakin teruk..bella akan jaga di seikhlas hati bella... walau mungkin masa tu orang pandang hina pada di... itu janji bella semasa bella redha terima di walaupun bella dah tahu status plhiv di.....maafkan bella di, bella mungkin tidak mampu lagi mengotakan janji bella selepas ini...bella harap, kekasih di mampu jaga di.... atau mungkin keluarga di sendiri.....

maafkan bella sebab tidak mampu menjadi isteri yang terbaik untuk di.. isteri yang di impikan...terima kasih untuk bahagia yang seketika..memberi bella rasa di kasihi dan mengasihi...

kalau di ada jodoh dengan yang lain, jangan lah sia-siakan dia di... jaga lah dia... bahagiakan lah dia...mungkin silap bella, tidak mampu hidup serumah dengan di...tuntutan kerja memisahkan kita...

maafkan dosa2 bella pada di sepnjang bella bergelar isteri....

di, berbahagialah..... walau di samping siapa sahaja



21.01.2016 2.48pm