Sunday 8 May 2016

Kenangan

tipu kalau bella tidak teringat pada kenangan dulu-dulu... kenangan sepanjang 9 tahun yang terlalu banyak...suka duka...sedih gembira...pahit manis masam kelat semua ada...

kenangan bermula seawal detik perkenalan bella dan didi.... bella tidak salahkan orang yang memperkenalkan kami... tidak sama sekali...dia pun tidak tahu didi adalah begini orangnya.. siapa yang akan sangka... indahnya awal perkenalan dulu...

percintaan kami penuh dugaan...penuh ranjau.. macam-macam di hadapi untuk sampai ke tahap bertunang...pertunangan berlangsung dlm suasana sedikit sedih kerana baru seminggu lebih arwah ayah mertua meninggal... semasa tempoh pertunangan...indahnya masa tu.. masing-masing excited membuat persiapan kahwin sampai la... didi disahkan positif hiv beberapa bulan sebelum perkahwinan...rasanya 3 bulan sebelum... betapa risaunya semasa menghantar borang kahwin... kerana keputusan hiv disertakan bersama...

sehingga berlangsungnya majlis akad nikah yang ada sedikit kekalutan... majlis sanding yang menyaksikan didi menangis...mak mertua menangis... alhamdulillah..segalanya berlangsung lancar...walau ada sedikit kekalutan.. persandingan di belah didi sendiri meriah dengan kehadiran rakan-rakan bella...

tahun pertama perkahwinan..indahnya waktu tu... bulan puasa, didi datang ke perak berbuka dua kali...kami ke bazar ramadhan bersama sama..bersahur berdua dlm suasana simple...sambut anniversary dengan rakan-rakan rapat bella...sangat indah...sangat gembira...

tahun kedua.... didi duduk bujang... abang dan kakak ipar berpindah... bermula la kisah curang didi... berbagai penipuan...segala macam benda berlaku.... beberapa kali bella tegur... sampai akhirnya, bergaduh...beberapa kali hampir berpisah... bella di marah mak mertua..katanya sesenang itu bella ingiin berpisah...

awal tahun ke 4 perkahwinan..didi menunaikan umrah... bella penuh pengharapan, didi berubah selepas balik umrah...doa bella ...semoga ditunjukkan kebenaran... balik umrah, kami bergaduh besar kerana bella kantoi mesej dgn mg... ber baby papa bagai....bila bella tanya...dia nafikan. katanya salah mesej la ape la ..even dia sendiri cakap... kalau bella dah tak suka sangat..pergi tuntut fasakh....sebulan lebih kami tidak berkomunikasi...

akhirnya, 2.5 ...berani mengambil keputusan memohon untuk dilepaskan selepas bella kantoi lagi mesej2 didi dan mg... sanggup sehidup semati katanya....cinta didi untuk mg katanyaa..... hanya mg untuk didi ... berbahagialah korang lepas nih.... biarlah Allah yang membalas segalanya... '

bella cuba untuk menghubungi mg tetapi semua usaha gagal...bella di block sana sini... kalau la suatu hari, didi membaca blog bella...atau mg berjumpa blog ini....

satu je bella pesan....

mg,
jaga lah didi di waktu sakit didi nanti.... di waktu susah didi nanti... bella tidak tahu sampai bila didi akan sihat... walau didi dah start amik ubat...tetapi itu semua tdak menjanjikan apa-apa...

didi,

mungkin bella tidak seperti yang didi inginkan...bella tidak mampu memberi apa yang didi inginkan...bella doakan didi bahagia walau apa sekalipun yang didi lakukan ...dengan siapa didi bersama...

No comments:

Post a Comment