Thursday 6 February 2014

didi

sudah lama bella tidak mengikuti sangat perkembangan kesihatan didi....  cuma, baru-baru ini..bella ada bertanyakan didi bila appointment dia seterusnya....

last bella ingat, didi ada bagitahu bella...doktor suruh bella buat HIV test lagi sekali...sebab dah 2 tahun kahwin .... kiranya last bella buat adalah sebelum berkahwin.... didi suruh bella buat di perak... tetapi bella tidak mahu menanggung risiko...

risiko apa?


risiko terserempak dengan kawan-kawan bella yang bekerja sebagai nurse, doktor atau apa sahaja... bella tak mahu.... baik bella buat di hospital yang sama dengan didi.... bella ada jugak baca... beberapa farmasi yang menjual HIV kit.... nanti la bella cuba carik... baik bella beli sendiri atau bella try cari private....

semasa bella bertanya, didi bagitahu dalam bulan 3 macam tu ada appointment...bella bagitahu akan ikut dia... cuma, bella terasa hati bila didi cakap.... biasanya dia akan gerak daripada pejabat dia..maksudnya, half day kerja sebab temujanji petang.....

bella hanya jawab...takpe..bella tunggu didi di hospital sahaja...bella akan usaha ke sana sendiri..bella tidak mahu menyusahkan didi... didi hanya reply.... 'ikutlah'....didi sepeti tidak bersetuju bella mahu ke sana....entahla...bella tahu, hubungan kami tidak seperti dulu..sewaktu di tahun pertama perkahwinan..bella teman didi dulu... kami berkaunseling bersama....

cuma, bella sendiri tidak tahu kenapa bella terasa ingin berjumpa doktor.... sekali gus, check status bella....

mungkin,

ini akan menjadi kali yang terakhir bella menemani didi sebagai seorang isteri...MUNGKIN....bella sendiri tidak tahu ....cuma, bagi bella.... andai ini yang terakhir, biarlah bella menjadi seorang isteri yang menemani suami di saat susah dan senang...

bella ingin tahu sendiri...CD4 didi berapa dan lain-lain....

masih cinta? masih sayang?

tipu kalau bella katakan... bella tidak sayangkan didi...tidak cintakan didi sehingga ke saat ini.....  didi cinta teragung bella...dulu, semasa bella mengetahui status didi.... bella terima seadanya.... pasrah dengan ketentuan Allah.... bukan kerana memikirkan malu... dan bella bersedia dengan segala kemungkinan....

sakitnya hati bila mengetahui kecurangan didi adalah lagi sakit drpd mengetahui status PLHIV didi.... itu bella tidak boleh terima..... rasa cinta..rasa sayang bella mungkin berada di tahap minimun.... sedikit kesilapan dan bukti sahaja, boleh merubah segala nya....

bella buat didi berjanji ..tidak akan menghubungi kekasih hatinya (bella namakan IS)...  walaupun bagi bella mustahil. tetapi semua itu bella simpan sebagai bukti...

doakan la bella berjaya mengharungi semua ini.....

3 comments:

  1. berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar... hanya yg berada di situasi sama dengan bella sahaja mungkin memahami... tapi bella tahu... menangis airmata darah sekali pun tidak akan mengubah segala yg telah berlaku...doakan bella kuat ye

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete