Tuesday 11 March 2014

Sibuk melampau rasanya

hari ni boss panggil untuk meeting tergempar.... terkejut semua orang.... dan yang paling bestnya...bella tak perasan pun mesej boss... kawan-kawan yang lain bagitahu...

dan tak tahu arahan boss suruh bella bawak dokumen.... masa boss tanya, bella macam.... huh? lepas tu apalagik.... kena la sound dengan boss....huhuhuh

lepas meeting, terus kelaparan kerana kena marah....tak tengok mesej ke awak ni bella? adehhhh...


ni menyiapkan dokumen untuk di bawa ke meeting esok dan lusa..... dan macam hape dah bella rasa....tadi lepas makan, termenung kat work station.... semua benda nak dibuat...tangan ada dua....akhirnya, bella termenung.....


best kan?

petang ni dah kena outstation. tadi baru kawan bella datang tanya, bella stay mana sepanjang outstation nih...mana lagik, cari hotel mana yang ada la... yang paling murah...hahahaha...kedekut kan? bella boleh claim sikit je, buat apa nak cari hotel mahal-mahal. meeting pun pukul berapa la habis kan.... silap-silap sampai ke malam...huhuhuh

okla..bella nak buat kerja dulu.... jangan lupa mendoakan MH370.....

4 comments:

  1. Salam,

    Sibuk2 juga bella, kesihatan diri kena jaga... kena lebih relex jangan tergesa2 atau terlalu stress semasa kerja. Kalau masa cuti kena rehat dengan secukupnya..Kebanyakan semua tempat kerja macam itu lah keadaannya, yang penting kita kena bijak bagaimana nak mengatasi kesibukan tersebut.

    Harap2 minggu seterusnya dah tak sibuk lagi lah ya....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam abg najmi,

      heheheh....bella dh biasa sibuk macam ni... cuma kadang-kadang tu la.... rasa penat sangat tambah sekarang ni tukar boss ... baru nak membiasakan diri dengan boss baru..

      so far alhamdulillah.... bila cuti menguruskan rumah pulak bang.... seminggu sekali je nk hirau rumah...duduk bujang kan... ni bella dah start kerja hujung minggu...setakat ni, hari sabtu je kerja..lepas2 ni, sabtu ahad...heheheh

      insya Allah.... menyibukkan diri agar boleh melupakan masalah yang ada... hhehehe....

      terima kasih atas nasihat dan kata2 semangat abang najmi.... =)

      Delete
  2. Hai Bella :)

    Mana-mana kerja memang kena mengadap bos! huhu. Dekat sini Ita pun busy. Padahal baru je datang tempat kerja baru.

    Sabar jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ita,

      lama ita menyepi yer? macam mana tempat baru? okay tak? jauh dah ita ke sarawak yer..... susah la nak jumpa2...huhuhu...

      takpe ita, pengalaman yang penting... bekerja di mana-mana pun sama sahaja...kehidupan mesti di teruskan....bella pun berangan nak sambung belajar tapi risau otak dah tepu...dah berkarat,....

      lagipun sayang dengan kerjaya bella sekarang.... banyak benda nk kena fikir dulu...heheheheh

      selamat maju jaya ita....

      Delete