Thursday 27 March 2014

sekelip mata

hari ini bella kurang sibuk selepas habis meeting di pagi....

selepas makan tengah hari, bella membuka buku belanjawan bella... ye, bella ada buku belanjawan..maklumla, gaji bukan besar. salah belanja, buruk akibatnya..... membuat beberapa pembayaran melalui online banking.... yang sememangnya bella buat setiap bulan...

bila bella hitung kembali, bulan ni ada yang bella terlebih belanja. membeli pakaian untuk majlis bulan hadapan. terpaksa kerana tema yang diberi , bella tiada pakaian yang sesuai...sebelum beli, jenuh juga bella tengok pakaian bella yang ada. sebab sebolehnya tidak mahu membeli yang baru... tetapi tidak ada yang sesuai dengan tema...hehehe.... beli saje la...pejam mata. kang pakai tidak  mengikut tema, boss bella bising...dia memang tidak suka melihat staff ambil mudah segala benda walaupun majlis makan malam...


selepas bayar itu ini, harus tanda di buku belanjawan bella...agar tiada yang terlepas pandang. kira balik jumlah yang telah dibayar....berapa lebihan yang tinggal...

ye, dah terlebih belanja.... maka, bella kena kuranglaan perbelanjaan lain... terutama makanan......semalam lepas kerja sempat membeli barang dapur...keperluan harian... satu je bella perasan diri bella nih, suka membeli tetapi kadang tidak digunakan.... sampai la lepas tarikh luput... hehehe...macam kes biskut tu lah.... sampai kena gelak dengan kawan-kawan.... sampai sekrang ni dorang duk kenakan bella kalau nampak sesiapa makan biskut... ' biskut tu belum expired kan?'..lepas tu mula la semua ketawa terbahak bahak...sabar je la bella...hehehe...

nasib baik taraf hidup di perak ni, takde la semahal bella duduk di kuala lumpur dulu.... makanan masih lagi berpatutan...kadang bella makan nasi campur dengan air, rm7... okla bagi bella...kalau di KL , mahu dengan lauk2, sayur2 dan air dah dekat 10ringgit atau lebih....

boleh la berjimat..

2 comments:

  1. Bella.. nak cakap out of topic ni. If Ita nak contact number Bella cemana eh? Sebab ada sesuatu mahu mintak tolong laaa.. hee

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ita, email bella..nanti bella kasik nombor contact.... dietmakanhati@gmail.com

      Delete