Sunday 16 March 2014

Perubahan..

sebenarnya..sudah lama bella nak bercerita tapi akibat kekangan masa, ni baru ada peluang......

selepas kes bella dan didi gaduh buat kesekian kali nya..tapi kali ni macam sampai ke kemuncak.....ada rasa nya bella cerita..... owh...ada...entry yang 'gaduh kesekian kalinya'.... masa bella gaduh tu, didi ada cabar bella untuk bawa kes ni ke mahkamah.....  bella rasa mungkin sesuai kot.tetapi bella masa tu  masih waras.... bella tidak mahu memalukan sesiapa dalam kes bella nih....

kan bella ada cerita, dia minta maaf daripada bella keesokkan hari nya..... ok...

selepas kejadian gaduh besar tu, bella perasan la.... dia selalu mesej bella.... without fail....  tetapi, luka di hati bella ni bukan semudah itu untuk dilupakan..... bella reply tetapi bukan semesra mana.... sewaktu bella ingin bercuti, dia hantar bella ke airport.... sewaktu balik juga begitu... sesuatu yang pelik sebab selama ini dia akan mencipta seribu alasan especially if hari dia bekerja....  kebetulan bella balik adalah hari kerja...dan dia bagithu, dia ada meeting pada hari tersebut tetapi tetap mengambil bella.... sesuatu yang sangat memeranjatkan bella,.... hujung minggu tu jugak kami balik ke kampung didi.... dannnnn.... ahad dia anta bella balik perak.... musykil bukan?


mak mertua bella jugak cakap...nampak dia berubah.... maaf bella nak bagithu, walaupun dia nampak berubah...bagi bella, bukan sekelip mata untuk bella melupakan kisah duka bella..... luka nya terlalu dalam...

yang lagi membuatkan bella tersenyum sorang2 adalah..... kekerapan dia menelefon bella.... bella perasan, sekiranya bella tidak melayan mesej dia... atau bella buat tak tahu pada mesej dia.... petang atau malam sewaktu balik kerja, dia akan telefon bella.... di hujung perbualan, dia akan cakap LOVE U..btul, bella rasa nya dah lama tak cakap pada dia...semenjak kes kami, bella sangat jarang nk ungkapkan semua tuh..ada kadang-kadang bella mesej macam tu, sekadar menguji didi..... sekarang ni, dia pulak yang selalu sebut.

bella bukan tidak percaya didi berubah..... bella memang berharap dia berubah ke arah positif.... walau bukan untuk hubungan kami...tetapi, untuk diri dia sendiri.... bella sangat berharap dia berubah..... lebih menjaga hubungan dengan Allah.... cuma, luka di hati bella ini..terlalu dalam.... pernah didi tegur bella, kenapa tak reply 'love u too'....  bella hanya diam... sampai didi cakap, abang faham.... 

bukan niat bella untuk menidakkan rasa sayang bella pada didi... tetapi , entah la...susah bella nak terangkan.... mungkin yang pernah merasa tahu..... apa-apa pun..bella sangat berdoa dan berharap... didi berubah bukan untuk seketika....bukan untuk mengelakkan bella membawa kes kami ke mahkamah semata.....

doa-doa la untuk semua ini ye.....  =)

2 comments:

  1. Good news. :)

    Harap semua akan okey Bella. InshaAllah doa pada Allah mintak yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ita,

      tak tahu la bella nak cakap good news ke apa..... bella tidak terlalu menaruh harapan..mahupun rasa terlalu gembira dengan segala perubahan ini....

      benarla orang kata kan.... memaafkan mungkin boleh..melupakan tidak sekali....

      sama2 la kita berdoa ye...bella pun doakan yang terbaik buat ita

      bertabahlah dengan semua dugaan ye ita

      Delete