Sunday 23 March 2014

email

Tak tahu bella nk bermula mcm mana... cuba tidak meng endah kan tetapi..takpe...bella taip di ruangan ini...

Ada orang email pada bella... bertanyakan...kenapa bella menceritakan kisah suami bella di sini.... macam mengaibkan suami bella sendiri...sedangkan itu adalah suami..

Benar...dia adalah suami... bella pernah tulis dulu...diruangan ini sahajalah bella boleh meluah rasa... kalau bella bercerita dengan teman bella pasal status hiv dan kegiatan didi ... apa tanggapan mereka? Stigma masyarakat  bella rasa semua tahu macam mana kan??? bella tidak tahu lagi di mana yang bella rasa sesuai untuk bella melepaskan rasa di hati...Di sini je la bella boleh meluah rasa..melepas rasa...

Bella tahu..ada yang tidak suka bila bella bercerita psl kehidupan bella dan didi.... anggapla semua ini pengajaran buat semua....bukan semua orang mampu bercerita atau mendengar kisah kita....orang tidak akan pernah sangka kehidupan yang kita lalui bila mereka melihat kita seorang yang sentiasa gembira...ceria..tersenyum..berjenaka.. aktif... seprti mana juga didi, siapa sangka dia sebenarnya macam mana...dia aktif bersukan...ke sana sini...senyum sentiasa di bibir... kalau orang tengok kami, muka hampir seiras.. semua cakap, jodoh panjang....sebab muka seiras....

Bella mohon maaf kalau ada yang terasa....atau merasa bella tidak patut....memalukan suami sendiri.... tetapi rasa yang bella ada di dalam hati sekrang ini... tidak semua orang akan faham... perit maung rasa hati bella.... tak mampu untuk bella cerita kan....

Bella cuba menjadi isteri yang baik untuk didi... cuba setiap hari mesej didi..   walau kadang kadang jawapan daripada didi hanya 'ok'....  3 tahun bella bertahan.... ditipu...dicurangi...tidak dihargai.... anda tidak mungkin akan faham... segala pengorbanan bella selama ini....bukan mengharap blsan ...cukup sekadar dihargai oleh didi.... tetapi,  itu tidak berlaku...

 mak mertua bella minta bella bersabar... sesungguhnya, itu yang bella buat...bersabar...sebab bella sayangkan didi....setelah apa yg didi buat, bella masih sygkan didi.... cinta bella ikhlas utk dia...bella cinta sayangkan didi kerana Allah... bukan kerana harta benda....wang ringgit. .rupa paras atau apa sahaja...bella ada kerjaya..lebih baik drpd didi.. harta pun bella  usaha sendiri...

Harap anda tidak mengadili luahan hati bella sebagai cubaan bella memalukan didi...  kerana, anda sendiri tidak kenal didi...

Apa pun,  terima kasih di atas teguran...bella hargai

No comments:

Post a Comment