Thursday 26 December 2013

tidak tenteram

sehari dua ini... hati bella rasa tidak tenteram.... tak tahu kenapa.... cuba mencari jawapan....

selepas solat subuh, tertidur dengan telekung sekali.. sedar sahaja jam sudah 630pagi...hari ini bangun subuh jam 5lebih..termenung menunggu azan...apa yang dimenungkan pun bella tak berapa ingat.... yang pasti.... bella menangis dlm doa bella.... Allah....

selasai sarapan di pejabat..bella mengambil keputusan menelefon ayah dan ibu bella.... rupanya..ayah bella tidak berapa sihat...sekejap sahaja dia bercakap dengan bella... ya, itu perangai ayah bella ..dia boleh sebak kalau bella tanya dia sakit atau tidak...sebab dia sangat rapat dengan bella.. dan dia sebolehnya akan cakap dia sihat.... dulu masa bella dibuang kerja..dia menangis... solat jemaah menjadi imam ...usai doa...salam-salam...dia menitik airmata semasa bella salam dia...

ini adalah penyebab bella tidak sanggup berterus terang masalah bella walaupun mereka dapat hidu sesuatu tidak kena dengan hubungan bella dan didi.... bella tidak sanggup lagi membiarkan ayah dan ibu bella bersedih... buat sementara, biarlah bella yang derita... bella tanggung dulu sengsara bella ini.... 

hati bella meronta nak balik jenguk ayah... tetapi keadaan sekarng ini tidak mengizinkan... tunggu ye ayah...bella akan pulang jenguk ayah....

hidup bella diteruskan untuk ayah dan ibu bella...untuk kesenangan mereka....

"ya Allah...berikan la kesihatan yang sempurna untuk kedua mereka.... berikan lah mereka kesenangan...panjangkanlah usia mereka ya Alllah...kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi ku ya Allah "

No comments:

Post a Comment