Monday 23 December 2013

hujung minggu yang bermakna

sabtu dan ahad di minggu-minggu terakhir 2013 ni sangat bermakna buat bella...tiada lagi outstation... tiada lagi kerja di hujung minggu... alhamdulillah...masa untuk bella berehat...

bella tidak pulang ke selangor kerana didi sibuk.... bella tidak kisah sangat.... bella pun tiada rasa untuk berjumpa kerana biasanya planning tidak akan menjadi...maka, bella sendiri berehat di rumah.....bella masih belum sihat sangat.... badan masih panas-panas....selsema dah berkurangan...batuk still ada....

tetapi, bella sedih jugakla..didi tidak bertanya khabar.....ada sekali sahaja dia tanya bella..tu pun setelah bella bagitahu dia bella demam.... suruh bella ke klinik...  selepas tu...tidak ada...sehingga ke hari ini.... bagus kan? begitu hambar hubungan kami sekarang.... ibarat...retak menanti belah.... bermula ahad sehingga pagi ni..bella tidak membalas mesej didi..... ntah la.... dia mesej selamat pagi...bella tidak balas...ahad langsung tiada mesej... ikutlah...bella sudah tidak ada rasa.... isnin sekadar mesej selamat pagi... bella tidak reply,,dan itu sahaja mesej dia untuk bella.... selasa pun mesej itu jugak....

maybe ada orang akan cakap...kenapa bella tidak balas.... bellaaa terasa hati.... dia tahu bella sakit...tidak ada pun nak call bella..bercakap .... datang jenguk bella tu...memang tidak akan berlaku... satu keajaiban kalau dia datang jenguk bella di perak nih..walaupun jarak  tidak berapa jauh...

mungkin bagi bella.... biarlah bella mematikan perasaan bella sendiri...cukuplah....bella slow2 akan undur diri...tetapi dengan cara bella sendirik...  mungkin ini yang terbaik untuk hubungan ini.....bella bkan tidak sayangkan hubungan kami sebagai suami isteri....bella bukan tidak sayangkan didi sebagai kekasih...tunang,.suami....

bella bukan meninggalkan didi disebabkan didi ada HIV.... bukan.... kalau bella nak tinggalkan didi semata-mata sebab itu... dah lama bella tinggalkan dia....semasa bella mengetahui dulu....tidak....bella meninggalkan didi kerana didi menipu ..mengkhianati kepercayaan bella... didi curang dengan bella...dulu bella pernah bagitahu didi.... di awal dia disahkan HIV positif.... yang lepas tu lepas la.... jangan ulang.... berubahlah.... dan masa itu didi menangis...bella ingatkan..itu la tangisan keinsafan...rupanya bukan....

sakit hati..hancur hati...kecewa... bukan kerana bella tidak disentuh sepanjang perkahwinan tetapi kerana ditipu..dikhianati... perasaan dikhianati lagi teruk drpd tidak disentuh...rasa itu tidak sama.... sangat sukar bella nak terima semua ini..walaupun bella redha..terima ujian ini...tetapi untuk menerima didi kembali di dalam seluruh bella.... bella belum mampu.....

dengan didi sendiri tidak cuba membaiki hubungan kami... tidak cuba mengambil hati bella...tidak menghiraukan bella.... bella tahu... bella bukan penting untuk dia... mungkin tidak ada bella di sudut hati dia.... bella yakin..didi mampu harungi semua ini tanpa bella...

No comments:

Post a Comment