Thursday 26 December 2013

Jumaat terakhir di 2013

hari ini hari jumaat terakhir di tahun 2013..... sekejap sahaja 2013 bakal melabuhkan tirai.... muncul 2014.. di hari jumaat yang terakhir ini..bella memilih untuk tidak keluar lunch...sementelah, sarapan berat..nasi lemak.... otak pun tepu....

bella ada perancangan sebenarnya.... tetapi hancur bila didi lebih memilih untuk tidak berjumpa...memikir masalah jalan yang mungkin akan jem teruk..... maka, bella fikir.... duduk la di rumah... kalau bella rajin... mungkin akan keluar hujung minggu...atau bella layan cerita di astro...

boss bella tegur.... kenapa tak ambil cuti sahaja..cuti banyak lagi..ada berbelas hari... MC bella tahun ini hanya dua hari... buat apa bella ambil cuti..bukan ada anak yang nak di bawak bercuti.... suami?? honeymoon? tiada istilah honeymoon dlm perkahwinan bella.... kami tidak pernah bercuti berdua sepanjang 2 tahun lebih usia perkahwinan...

tetapi bella rasa..tahun depan bella akan bawa ke hadapan cuti bella...beberapa hari mengikut yang dibenarkan.... bella fikir ingin bercuti tahun depan...seminggu..membawa diri... tetapi harus ke mana?ke tempat yang senang bella berjalan menggunakan transportation awam... di mana ya?

semoga 2014 ini membawa lebih kebahagiaan pada diri bella....

No comments:

Post a Comment