Wednesday 9 April 2014

pelik tapi benar

ISLAMABAD -PAKISTAN. Seorang bayi lelaki berumur sembilan bulan di Pakistan didakwa oleh mahkamah atas kesalahan merancang pembunuhan, mengugut polis dan mencampuri urusan hal ehwal kerajaan.

Muhammad Musa Khan adalah salah seorang daripada lebih 30 individu berhadapan pertuduhan sama selepas satu serbuan menyasarkan pencuri gas dilakukan pihak berkuasa di bandar Lahore.

Bayi tersebut yang berada di pangkuan bapanya dilihat memegang botol susunya dan merengek sepanjang prosiding perbicaraan itu berlangsung.

Memetik laporan AP, mahkamah membenarkan Musa diikat jamin dan kes terbabit ditangguhkan sehingga 12 April ini.

Akhbar tempatan melaporkan, bapa bayi tersebut turut menafikan dakwaan mereka bertindak ganas dengan membaling batu ke arah pihak berkuasa sebaliknya, penduduk hanya mengadakan protes membantah kekurangan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

 Difahamkan, kes yang menarik perhatian antarabangsa itu juga mendapat perhatian Ketua Menteri Punjab, Muhammad Shahbaz Sharif apabila bertindak menuntut penjelasan penuh berhubung dakwaan tidak munasabah itu.

Susulan daripada itu, Sub Inspektor Kashif Ahmed dilaporkan digantung tugas kerana mendaftarkan kes terhadap bayi terbabit.
____________________________________________________________________________________

terkejut jugak bella semasa baca berita ini...  apa la kanak-kanak berusia 9bulan mampu buat? bercakap pun belum.... silap-silap baru belajar bertatih..... kejam nya manusia ni... tak boleh ker berfikir waras.... sedihnya bella tengok.... tengokla wajah ayah nya.... menggambarkan bermacam perasaan..... nasib mereka kerana tidak mampu membantah..... 

anak sekecil itu yang masih minum susu... alahai...sayu je hati.....

apa pendapat korang? 

 

2 comments:

  1. Serius.

    Kes ni memang gila. Entah pape.
    Maybe ada orang yang nak mengelak dari dikenakan tindakan, so dia nak salahkan budak kecik. Tak logik di akal. Cari la alasan yang logik. Hadoi laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MalaM td dlm berita ckp...dorg dh tarik balik kes ni...konon berlaku kesilapan.... apa benda nye silap..sabo je lah

      Delete