Wednesday 11 March 2015

AKHIRNYA

bella berkesempatan bercakap dengan mak mertua bella... bella meluahkan segala nya.... mak mertua bella bagitahu..dia ade bertanya dengan didi pasal hal nih.... bella dah boleh agak apa didi cakap...

mak: bella cakap ko tak berubah pun...
didi: dia nak di berubah, dia pun sama...dia tak berubah

hahahaha... lawak kan? itu la antara benda yang bella dh biasa dengar...dah lali...didi mesti menyatakan bella jugak yang salah.... ye, bella akui..mungkin bella ada buat salah... bella geledah beg didi... check handphone didi... cuba carik 'kawan' didi.... betol, bella view kat facebook...wechat... bella mengaku..bella buat...

dan bella mengaku..bella bagitahu mak mertua bella...habis dengan siapa bella nak bercerita? dengan kawan-kawan bella ker? bella masih waras untuk berfikir... ini pun didi marah... terpulanglah, bella pun penat.... kalau didi rasa dia bosan dengan semua nih...bella pun bosan


apa yang dia nak bella berubah pun..bella tak tahu.... dulu lagi bella dah cakap.... kalau ada salah atau apa yang dia tak berkenan... bagitahu bella..bella cuba ubah.... berubah syak wasangka pada dia?? dulu bella percaya sepenuh hati, tapi dia buat jugak...jadi? bella dah pasrah kalau dia nak salahkan bella atas semua nih.... 

akhirnya,

bella beritahu mak mertua bella..... ' mak, bel mintak maaf banyak-banyak kalau nanti bel mintak cerai dengan di... bel tak tahu sampai bila bel mampu bertahan dengan semua ni mak.. bel dah tak kisah kalau di nak salah kan bel atas semua ni..bel redha mak....di pun bahagia dengan hidup dia sekarang, dia pun tak perlukan bel rasa nya.. '

mak mertua bella terdiam...tapi dia cakap... 'mak faham bel... ' suara mak bergetar...bella tahu, mak mertua bella menahan tangisan.....


mak, maafkan bel mak..... bel dah cuba jadi yang terbaek untuk di..... bel gagal nampak nya.... bel gagal membawa di berubah.... gagal menjadi isteri yang di harapkan ....

insya Allah...bel akan selesaikan semua ini.... mungkin buat masa ini, bel hanya selesaikan sendiri dengan mak mertua bel.... tak perlu orang lain tahu rasa nya kecuali yang membaca blog bella....

walaupun perit semua nih..... bella anggap  ini adalah perjalanan dan ketentuan Allah pada bella... kifarah di atas dosa2 bella....

bella cuba mencari kekuatan...cuba berdiri daripada jatuh terjelepuk.... doakan bella ye semua.....hakikat kehidupan yang bella cuba telan sendirian.... hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu...

tersenyum di bibir, menangis di hati

2 comments:

  1. Replies
    1. insya Allah dik..cuba mencari kekuatan dan bangkit drpd semua yang berlaku ni... macam mana sekali pun, kena hadapi jugak

      Delete