Friday 27 February 2015

semakin baik

alhamdulillah.... hari jumaat yang barakah ni..bella rasa lebih lapang..lebih selesa....di dalam kesibukan menjalankan kerja yang tidak pernah putus... yang semakin bertambah....

hampir seminggu bella dan didi tidak berhubungan... kali terakhir pada hari selasa pagi... insya Allah , ini adalah yang terbaik.... ada satu kata-kata yang bella terbaca di facebook...

andai kata kau di beri peluang untuk memilih antara aku ataupun dia,

kau pilih lah dia..

kerana, 

kalau betul kau sayangi aku.... pasti tidak akan ada dia...

bila bella baca berkali kali..ada benarnya ungkapan ini.... kalau betul kita sayangkan seseorang, tidak mungkin kita akan terfikir untuk ada yang lain..... sebagaimana bella melupakn segala kisah silam bella....sebagaimana bella setia..menerima didi seadanya.... menerima segala kekurangan didi... sebagai mana bella cuba menjadi yang terbaek buat didi...eehh..bella tidak cakap sempurna... tetapi bella cuba menjadi sempurna di mata didi....

insya Allah..bella cuba sedaya upaya menghadapi ujian ini.. cuba bangkit drpd segala kekusutan.....

doakan bella ye semua..... terima kasih atas doa2 kalian walaupun kita tidak kenal rupa.... Allah sahaja mampu membalas ....

No comments:

Post a Comment