Tuesday 19 November 2013

cuti sekolah

sekarang ni kan musim cuti sekolah..... jalan nak ke office pun clear jer.....biasa kalau keluar rumah mahu dekat 20minit jugak nak office.....sekrang ni 10minit je dah sampai...bella pulak jenis keluar awal.... masuk kerja 8,30 tapi biasanya jam 8 atau lagi awal bella dah sampai....

dekat area rumah sewa bella pun...dah ramai nampak budak-budak melepak... ye lah...cuti sekolah kan....ada la tu mak ayah yang hantar anak-anak ke rumah nenek...atok mereka..... kadang-kadang dengar la mereka bersembang-sembang....gelak-gelak ..... seronoknya dunia mereka kan....

kawan-kawan bella pun asyik cerita....gaji ni dah janji dengan anak nak bawak sana sini...... nak ambil cuti nakgi sana sini..... yang mana anak kecik pulak duk pikir nak bawak anak-anak ke zoo...taman tema....bercuti la....

alahai...macam bella yang takde anak nih.... bella mampu dengar je la... kadang-kadang kena jugak ....

' bella, syok tau ada anak nih...hang boleh pikiaq mana nak bawak depa bila cuti sekolah nih...tengok mcam kami ni haaa.... jenuih duk pikiaq mana nak bawak depan..cepat-cepat ye bella..nanti kita boleh bincang sama-sama'

apa yang bella boleh buat....hanya senyum..buat-buat gelak.....dalam hati..Tuhan je yang tahu perasaan bella.....

kalau mereka tahu apa yang terjadi pada bella..... mahu ternganga....terkedu....dua tahun kahwin...masih anak dara.... hhhmmm....takdir Allah tak siapa mampu atasi.....


No comments:

Post a Comment