Monday, 2 May 2016

cerita cinta berakhir

isnin 02.05.2016

akhirnya bella memberanikan diri .... memberitahu didi..untuk melepaskan bella.... walaupun hanya menggunakan surat...tetapi bella percaya..didi faham maksud bella...

cukupla bella bertahan untuk perkahwinan yang tidak jujur sebegini....yang bella langsung tidak di anggap penting.... langsung di nafikan hak sebagai isteri...

didi,

ini akhirnya kisah kita....
bella lepaskan didi untuk insan yang lebih didi sayang..yang lebih didi cinta..yang lebih didi fikirkan untuk bersama... yang didi ucapkan cinta,..kasih sayang ...rindu..tidak boleh hidup tanpa nya....

didi,

bella doakan didi akan lebih bahagia...akan lebih sihat... maafkan bella tidak dapat menunaikan janji bella dulu..untuk menjaga didi di waktu sakit didi... bella harap kekasih didi akan menjaga didi nanti... sebagaimana bella pernah menjada sewaktu didi demam denggi..atau mungkin lebih baik...bella percaya, mereka akan sanggup susah dan senang bersama didi... sanggup menjaga didi di kala HIV didi makin teruk... beruntung nya didi....

didi,

maafkan bella kerana tidak mampu menjadi isteri yang didi inginkan ..... yang didi dambakan... mungkin hadirnya bella di dalam hidup didi... menyusahkan didi..perlu drive jauh-jauh untuk balik kampung...perlu memikirkan untuk pulang beraya ke mana....perlu memikirkan untuk berjumpa bella sekali sekala...yang didi sebenarnya tidak ingin berjumpa... tidak ada rasa sebenarnya kan?

didi,

semoga perpisahan ini menjadikan didi lebih bahagia...mungkin ini yang didi tunggu selama ini...didi bebas melakukan apa sahaja... ke mana sahaja tanpa memikirkan isteri...walaupun didi tidak pernah berfikir pun selama ni kan?

didi,

ini akhirnya kisah kita....kisah perkenalan selama 9tahun termasuk perkahwinan yang hampir mencecah 5tahun... dulu bella menerima didi sepenuh hati..seikhlas hati...cinta sayang kasih bella hanya untuk didi....berbagai rintangan..halangan dlm hubungan kita dulu... mungkin didi lupa... lupa pada semua itu...lupa pada kenangan yang kita pernah ada....lupa pada susah payah nya membina perkahwinan...

didi,

mungkin didi lupa pada lafaz akad dan taklik yang di baca semasa akad dulu....didi permainkan janji didi pada ayah bella... didi mungkir pada janji didi pada Allah...didi lupa bella amanah Allah pada didi....

didi,

ini akhirnya cerita cinta kita.... hanya Allah sahaja tahu perasaan bella di tika ini... Allah itu maha adil didi... biarlah Allah tentukan balasan untuk didi dan mereka yang menjadikan bella sebegini... bella tidak mampu memaafkan didi sehingga akhir hayat bella... bella tidak cukup kuat untuk memaafkan didi... memaafkan semua orang yang menjadikan bella begini... bella tidak mampu memaafkan kalian semua...

untuk semua yang menjadi penyebab kepada musnahnya rumah tangga bella...

maaf, kalian tidak mendapat maaf drpd bella..hingga akhir hayat kalian... sekelumit pun bella tidak maafkan....termasuk didi....


insyaAllah...dalam bulan ini.. bella failkan cerai...doakan bella dapat melalui semua ini... dapat selesai dengan baik.... aamiin!

Thursday, 7 April 2016

penipuan demi penipuan

bulan lepas harijadi kekasih didi.. bella namakan as mg..... bulan ni pulak bday didi.... bella boleh rasakan, didi ada plan something sempena birthday mereka.....

tepat sekali..... bella meng kantoikan sesuatu....  naluri seorang isteri ni kuat kan... bella sangat hairan apabila didi  melayan bella dengan baik.... kedua nya, dp di whatsapp pun...dia letak gambar kami berdua...sepanjang hampir 10 tahun perkenalan, itu la pertama kali nya gbr dp adalah gambar kami.... bella tahu, dia tak de maksud pun..... ketiga, beria mesej2...

then, hari sabtu tak silap bella.... dia bagitahu bella.... dia mungkin kena ke sabah... ada kursus di intan sabah. bella check semua tuh. kursus yang di apply gagal. katanya, kursus khas..bla bla bla..di situ dah nampak sesuatu.

isnin dan selasa, dia cakap ada audit di pejabat... hari rabu, katanya kena berkursus di kedah.... ok, agak pelik.macam la kau tahu kena gi kursus br hari tu kan.... kemudian, bella saja cakap, nak suruh member anta barang ke tempat kursus di kedah...sgt nampak didi menggelabah... siap tanya, nak anta ke mana?? bella cakap, anta ke tempat kursus la.... segala jenis alasan keluar.

kemuncak nya, didi cakap dia tetiba kena gi ke sarawak. urgent program sebab hanya dia je wakil jabatan utk program tuh.... hahahahhaha.... bella masa tu dh tergelak. bella tahu sebabnya..didi tahu perangai bella macam mana, bila bella kata akan hantar brg..bella akan usaha untuk hantar ke tempat di  maksudkan. sebelum kantoi, baik dia cari alasan. siap cakap, suruh driver hantar ke airport penang sebab nak naik drpd sana blik kl. sangat lawak.

then, pada petangnya...bella ternampak seorang kawan didi wish birthday di fb dia..sebut pasal makanan sabah. untuk pengetahuan semua, MG adalah orang sabah... dan bella sengaja like status tersebut. bella sempat ambil gambar...tidak lama kemudian, status tu didi dah hide kan.hahahahahaha....

bella ada mesej opismate dia tanya...didi bercuti ke? hari ni dia baru reply. rupanya betul didi cuti seminggu dan ke sabah katanya. opismate ingt dia ke sana dengan bella....bella teruskan je drama dengan didi. pagi tadi katanya flight jam 10.15 ke sarawak... sampai sana, bella tanya.balik hari ape..flight ape..dr mana. ..guess what?

'tak sure sebab XXX maybe nak melawat.so, tak tahu balik drpd mana. bintulu ke kuching ke' -didi bagitahu, dia ke miri-

takpe, nanti sampai hotel bagithu. again, he keep lying

'risau bergerak je nih. x tido sini' - apa korang tdo dlam kereta?? menipu belum pandai nampaknya

takpe. duk hotel mana, bagitahu..at least i know where are you now.

then, bella saja umpan dia bagi gambar kat sarawak.

'dalam kereta nih,entah kawasan mana dorang nak bawak.line teruk.kawasan pedalaman'

ala, selfie je la macam tuh

' pegawai suruh rahsiakan pergerakan , pastu nk selfie.nama je bengkel kami ni.tpi mcm kena jadi jentera pilihanraya kot.sebab semua pergerakan dia tak bagitahu'

hahaahhahahah...... sangat lawak kan.....korang nampak tak permainan dia. betapa dia cuba elakkan bagi nama hotel, bagi flight ape dia akan balik... bagi gambar dia bagai...

didi, walau bella tak nampak apa didi lakukan...Tuhan nampak semua nya di.... Tuhan maha adil. sampai bila didi nak menipu semua orang..

doa bella usai solat, Allah tunjukkan kebenaran. satu demi satu di... Allah tunjukkan...

di, kadang terdetik di hati bella... bella harap didi mati ..didi accident semasa dengan kekasih2 didi... walau bella tahu, tak baik doakan begitu...bukan doa, harap begitu.

hari ini , bella terbaca satu artikel....Allah uji seseorang setimpal dengan iman nya. sikit iman orang tu, kecik ujian nya. kuat iman nya, besar ujian nya. ujian dan dugaan adalah sebahagian cara menghapus dosa. Bella anggap, ini adalah ujian dan semoga terhapus dosa2 bella sedikit demi sedikit.

di, cinta bella dah lama mati....yang ada mungkin simpati, menjaga hati orang tua. menjaga kesihatan orang tua. di, sedarlah...di ada hiv... sapa nak terima didi dlm keadaan didi nanti... keluarga je akan terima didi... kenapa la didi buta dengan semua tuh.

di,

kalau betol didi sangat cintakan mereka... sampai masa bella undur diri..mggu depan, bella akan ke pejabat agama....

Sunday, 20 March 2016

upgrade kehidupan

dah lama bella berfikir dan berkira-kira.....

bella rasa dah sampai masa kot..bella nak sambung belajar.... buat part time je lah... at least, terisi la sikit masa bella ...takde la nak berfikir macam-macam...

masa mula-mula dulu, rasa macam...buat apa sambung..kerja dh stabil...tapi, mungkin tu perancangan Allah untuk bella..... terasa macam berdebar bila dah amik keputusan sambung belajar.... insya Allah..bulan 9 ni bella akan sambung belajar...

doakan la bella berjaya habis belajar nanti...dengan cabaran kehidupan yang ada nih...kena pandai2 balance kan kewangan..emosi bagai...

ada hikmah yang kita mungkin tak nampak sekrng.... tapi akan nampak kemudian....aamiin!!!

Friday, 18 March 2016

rumah 2

sekrang ni , tumpuan bella adalah kepada rumah yang ada... walau pun banyak perancangan, tapi kewangan yang tak berapa nak ada..membuatkan perancangan nya terbantut la sedikit..hehehe

tapi, perlahan-lahan la kan kita  mengumpul duit.... buat sikit-sikit.... janji kita selesa dengan rumah kita sendiri.... hampir setahun mendiami, tapi belum betul-betul habis mengemas. terfikir juga, malas nya bella nih. rumah kecik pun tak habis2 kemas...

hari tu, bella membeli sofa..dah jadi tempat lepak seharian ... hehehe...parah betul bila ada sofa, siap tertidur. rancangan tv entah ke mana, bella dah selamat ke lala land....

hidup seorang diri,..macam tu lah.kadang bila ada kawan ajak keluar, berfikir jugak,. malas nya...seronok bermalas malasan


ada beberapa perancangan yang bella sedang berkira hendak buat

1. memasang wallpaper di bilik tetamu
2. membeli dan memasang rak di bilik stor
3. menukar sinki di bilik air utama
4. memasang kabinet tv
5. memasang aircond di ruang tamu dan bilik utama

sebenarnya, terlalu banyak nak di buat tapi nanti la.... sikit2 kita buat....janji rumah tu selesa untuk didiami

doakan yer

Thursday, 17 March 2016

ubat

selepas peristiwa tahun lps... kami tidak berkomunikasi sangat,.... komunikasi sgt terbatas... pernah sebulan lebih tidak ada komunikasi

ada sekali bella balik menjenguk mak didi yang tidak sihat (tahu daripada whatsapp group family didi)... bella balik sekejap je... jumaat petang sampai..sabtu bella tgh hr macam tu bella balik... dan didi sampai sabtu petang tu.... tak lama lepas bella bertolak balik...

walaupun keadaan tidak berapa elok, bella masih ingat mak didi... selagi bella bernafas...bella ingt

setelah hampir 3 bulan tidak bertemu.... akhirnya, kami berjumpa... macam orang asing..tidak tahu nak start perbualan..kebetulan masa tu bella ada kursus di kl... bella baru tahu didi dah start amik ubat.... 24jam sekali makan.... agak terkejut kerana dulu dia memang tak nak amik... katanya, cd4 dia bawah 200 dah... sebab apa..bella tak nak tanya kenapa boleh drop sangat... dia lagi tahu apa dia buat....

cuma, agak suprise dia dh start consume...bella ingat lagi dulu..dia memang taknak amik ubat..alasan dia..once dh start, tak boleh stop dah.... dan macam2 lagi alasan...walau dulu, cd4 dia pun tak brapa elok....terpulang la pada dia...dia pun takda berbincang or apa dengan bella..

kami seolah olah orang asing.... ada benda lain yang didi buat tapi takpe lah... walau sedikit kecik hati sebab tak berbincang or tanya bella tapi takpe la.... bella anggap, tu persediaan or hakikat yang bella kena terima...yang bella mmg dah lama takde kepentingan dlm hidup didi...

jangan tanya bila bella akan selesaikan semua nih.... ada sesuatu yang membuatkan bella tersangkut.... nanti la... doakan bella yer...


- Allah janjikan bahagia di akhirnya walau permulaan dan di tengahnya ada kesulitan dan kesukaran-

Thursday, 21 January 2016

Rumah

bella sekarang dh duduk rumah sendirik.. walau bukan sesempurna mana, bella syukur atas rezeki yang Allah berikan....

sepanjang proses pindah, 2kali didi datang menolong..... pertama kali datang, didi hadiahkan  2 keping gambar canvas... gambar outdoor nikah dan sanding...kali kedua, dia hadiahkan karpet dengan warna kegemaran bella...

sekarang, dalam keadaan ini....

semua itu menggamit memori...

bukan tidak ada baiknya insan bernama didi... dia hampir sempurna di mata bella...

hampir......

rumah ini pun, didi menyumbang membeli lampu-lampu.... ampaian...  terima kasih di.... insya Allah.ada rezeki, bella bayar balik pada di..bella tidak mahu ada kenangan mengguris jiwa bella....

gambar canvas tu....mungkin bella letak di situ hingga sampai suatu masa.....suatu ketika....

Wednesday, 20 January 2016

membisu

Assalamualaikum...

agak lama bella menyepi di sini... bella ade...kadang-kadang bella membaca balik entry lama... membaca blog rakan-rakan.... cuma untuk menulis...bella tiada kesempatan...masa sangat terhad...

setelah kes hari itu...bella dan didi menyepi..membisu...sementelah, didi ada menyebut pasal fasakh dan lain-lain..seolah olah memberi hint pada bella...

insya Allah... bella akan merealisasikan kehendak didi... bukan bererti bella menyerah kalah pada situasi... bagi bella, didi dah buat pilihan..memilih kekasih2 dia...

keluarga bella sudah tahu kami bermasalah... jadi, mungkin ini memudahkan... mak  mertua bella sendiri membela anak nya... jadi, takpe lah... bella rasa, didi sendiri tidak perlukan bella dalam kehidupan dia...

berbahagialah di...

bella doakan, di di beri hidayah suatu hari nanti.....

dulu, bella pernah cakap pd diri sendiri.... andai suatu hari, sakit didi semakin teruk..bella akan jaga di seikhlas hati bella... walau mungkin masa tu orang pandang hina pada di... itu janji bella semasa bella redha terima di walaupun bella dah tahu status plhiv di.....maafkan bella di, bella mungkin tidak mampu lagi mengotakan janji bella selepas ini...bella harap, kekasih di mampu jaga di.... atau mungkin keluarga di sendiri.....

maafkan bella sebab tidak mampu menjadi isteri yang terbaik untuk di.. isteri yang di impikan...terima kasih untuk bahagia yang seketika..memberi bella rasa di kasihi dan mengasihi...

kalau di ada jodoh dengan yang lain, jangan lah sia-siakan dia di... jaga lah dia... bahagiakan lah dia...mungkin silap bella, tidak mampu hidup serumah dengan di...tuntutan kerja memisahkan kita...

maafkan dosa2 bella pada di sepnjang bella bergelar isteri....

di, berbahagialah..... walau di samping siapa sahaja



21.01.2016 2.48pm