Assalamualaikum....
bella bersiaran lagi nampaknya.... hehehehe..... maafkan bella...bella sangat sibuk kebelakangan ni....maklumla, sudah masuk pertengahan tahun 2015... kerja semakin banyak.... outstation pun makin kerap.... melihat progress-progress projek....
satu projek besar sudah siap sepenuhnya....itu sangat melegakan bella.... eh, dua yang sudah berakhir.... rasa sangat lega.... risau juga, ye la.. kita sudah hampir menjengah bulan ramadhan kan.... kami seboleh-boleh nak mengelak projek besar-besar di bulan ramadhan... ada beberapa projek kecil-kecil sepanjang bulan ramadhan nih...jadi, tak mau la yang besar tu still tak siap...
ok.tu bukan nya yang bella nak cerita.... hhhmmm... 2minggu lepas..rasa nya, bella ada berhubung dengan teman senasib bella... bella tahu, di luar sana ramai yang mengalami nasib macam bella.... suami PLU... atau mugkin suami PLHIV.... bezanya, teman senasib bella ni...mempunyai anak... dan baru tahu kes PLU suaminya....
entah lah...kisahnya hampir sama dengan bella...iaitu, bila di tanya pada si suami..tiada pengakuan... kita di salahkan kembali..mengacau kawan-kawan la ape la.... teman bella ni bernasib baik..sebab suami bukan HIV +ve.... berbeza dengan bella.....
bila kami berhubung..... ada satu ayat yang mungkin selama ni bella tidak sedar....
' mungkin Allah ingin selamatkan bella..sebab tu bella dan didi tidak bersama'
bila bella fikirkan kembali, mungkin itu la hikmahnya yang selama ni bella tidak sedar..... walaupun naluri manusia tetapi siapa la kita untuk melawan KUASA dan TAKDIR Allah..... terima kasih sahabat kerana menyedarkan bella.....
ini la untung nya bila kita saling memberi semangat untuk teman senasib.... ada benda-benda yang akan kita tersedar sendiri nya...
buat teman bella,
jaga lah permata hati (anak)..... fikirlah sehabis baik.... cinta pada manusia boleh padam...cuma perlu kekuatan..... carilah kekuatan tu, ambil masa ...tetapi insya Allah....nnti akan ketemu jawapan nya...
Monday, 8 June 2015
Friday, 22 May 2015
tersentuh
ramai orang share kisah ni di facbeook.... bella baca dan menangis..... tersentuh hati bella....
"Hari
ini dapat pula berkenalan dengan Pakcik Sayuti. Beliau seorang diri
menolak motorsikal di PLUS menghala ke Sungai Besi, saya pula dari Nilai
dan menuju ke Bandar Seri Putra untuk singgah sebentar ke Studio.
Saya berhentikan motorsikal dan tanya pada Pakcik apa masalahnya, oh katanya minyak habis. Puas juga menahan motorsikal lain kalau mereka ada tiub kecil untuk kami sedut dan 'transfer' minyak ke motor Pakcik ini. Tetapi hampa, semua tak ada, ada juga yang tak berhenti pun, tak apalah mereka pun nak cepat menyambut malam jumaat agaknya.
Saya minta Pakcik Sayuti tunggu disitu dan berehat sementara saya pecut ke Bandar Seri Putra membeli minyak dan pusing kembali ke arahnya. Saya maklumkan saya akan lambat sedikit kerana perlu pusing di dua buah plaza toll, beliau angguk faham. Saya terus pecut ke Baking Temptation untuk membeli balang kuih, itu sahaja yang dapat saya fikir untuk mengisi minyak bagi motor ex5 pakcik Sayuti.
Usai sahaja mengisi minyak, saya memecut kembali ke Pakcik. Beliau girang bukan kepalang, menepuk-nepuk bahu saya berkali-kali mengucap terima kasih.
"Nah ambik nih" Beliau menghulur nota RM5.
"Eh tak apa, pakcik simpanlah, bagi cucu aiskrim."
"Aku anak pun tak ada." Beliau senyum sendiri dan menyimpan kembali duit tersebut. Saya terdiam dan rasa bersalah sangat, berkali-kali saya menyebut, maaf pakcik, maaf.
"Kau nak cepat? Kalau tak, tunggu pakcik berbuka sekejap, ini ada roti dan air." Beliau membuka bungkusan perlahan-lahan.
‘laaa! Pakcik Puasa! Ok ok saya temankan.”
Kami duduk sekejap di bahu jalan dan menjamah roti apabila pakcik sudah yakin masuk waktu maghrib. “Kau sudah kahwin?”
“Sudah pakcik.”
“Anak berapa?”
“Alhamdulillah, baru seorang.” Saya jawab perlahan-lahan. Risau hatinya terusik lagi.
“Berapa tahun dah kahwin?”
“Baru masuk 9 tahun, Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah, aku sudah 40 tahun lebih, tak ada anak, Alhamdulillah..”
“Pakcik bersyukur?”
“ha, aku syukur. Hal rezeki kan Allah punya kerja. Kena Syukur. Kalau sekarang ini Allah beri aku anak, tak tahulah aku nak jaga macammana. Tak reti dah! Dah tak kuat. Jadi aku bersyukur sangat-sangat. Nak jaga anak zaman sekarang bukan senang!” Beliau menyambung. Saya semakin kagum dan terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa lagi untuk menyambung perbualan.
“orang ada anak ke tak ada anak ke jangan cuba-cuba nak persoalkan. Itu semua rezeki Tuhan, ada beza orang tak nak anak dengan orang tak ada anak.” Beliau terus menyambung perbahasan. Saya diam sahaja sambil bersungguh mengunyah roti macam orang berbuka puasa juga.
“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu, kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada perasaan juga.”
“Betul pakcik.. saya minta maaf sekali lagi. Saya tak ada niat pun.” Saya luahkan kekesalan. Memang menyesal ya amat sebenarnya.
“Takpelah. Kalau kau tak tolong aku hari ini, tah siapa-siapa pula kan. Bersyukur tak jumpa aku? Ke menyesal? Ha ha ha” beliau mula ketawa, tetapi sudah nampak ada genang-genang air mata.
“Kita jumpa lagilah, aku nak balik Kampung Baru, tadi pergi ziarah anak saudara kemalangan di Labu. Makcik kamu paham benar dah ,takut aku balik lambat, tulah dia sedia roti dengan air, kalau tidak dah lah minyak habis, lapar pulak! Ha ha ha. Itulah, aku bersyukur dapat makcik kamu. Tak tahulah siapa pergi dulu nanti, aku doakan biarlah mati sama-sama, tak ada anak, nanti sunyi! Ha ha ha.” Beliau ketawa tetapi mengesat-ngesat mata.
Saya sudah tak boleh tahan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Pakcik Sayuti menyambut dengan memeluk erat. Dan seperti biasa saya menangis tak tentu pasal di bahu jalan yang mula penuh dengan kereta berpusu-pusu.
Beliau terus memeluk saya dan menangis juga. Kami memujuk dengan menepuk bahu sesama sendiri. Bersalam dan menyambung menangis di atas motor. Kami berlalu dalam senja maghrib pulang ke rumah masing-masing.
Sungguh, tak pernah saya jumpa orang yang betul berterima kasih pada Tuhan kerana diberi ujian. Empat puluh tahun hidup suami isteri dengan penuh kasih sayang tanpa ada anugerah bonus yang dinanti-nanti pasangan yang berkahwin. Allah hu akhbar. Memang pakcik hebat.
Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul ‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang hidupnya.
Buat Pakcik Sayuti dan makcik, semoga penuh anak-anak yang berlari menyambutmu di syurga nanti. Amin.
Salam Malam Jumaat,
Khairul Hakimin. Muhammad
Baru nak baca Yaasin.
- bagi diri bella, ini mungkin akan berlaku pada bella...tapi bella redha andai ini ketentuan Allah pada bella.... seperti pakcik tu cakap.... syukur.... walaupun kadang-kadang sangat tersentuh hati bila soalan ini di tanya... tak kira la sebelah didi atau belah bella sendirik
siapa yang tidak inginkan anak...anak daripada darah daging sendiri...mengandung semua.... situasi bella sekarang tidak mengizinkan semua tuh... tipu kalau bella tidak ada rasa semua tuh... tapi ini adalah jalan yang bella pilih...bella yang terima didi dalam hidup bella walaupun bukan untuk pengkhianatan yang bella harapkan...
tapi, kita tak boleh nak tutup mulut orang.... doa je la yang baik-baik untuk sesiapa sahaja.... uhuhuhu

Monday, 27 April 2015
Lama tidak bersiaran...
assalamualaikum.....
lama sungguh rasa nya bella tidak mencoret apa-apa di sini...kesibukan kerja... dan macam-macm yang berlaku lagi la.....
baru-baru ini, bella cuti lebih seminggu menjaga didi yang tetiba kena denggi... walaupun bella dan didi tidak seperti dulu... kami berhubung balik pun sebab keluarga bella ada nak buat hari keluarga... tidak mahu mereka menghidu hubungan kami yang bak kata orang..retak menanti belah.... bella menghubungi didi... melalui mesej sahaja lah...
sampai la..... kes dia kena demam denggi... hujung minggu tu dia bgthu dia tak larat..dia demam bagai... bella paksa dia ke klinik..malam tu baru dia ke sana..doc suspect denggi sebab tgk simptom2 yang ada.... esok nya check darah lagi sekali..platlet makin menurun..... sah denggi...doc refer pada hospital...
dia bagitahu bella kena masuk wad..bella hbskan kerja yang urgent kena submit utk hari tu dan minggu tu...kelam kabut jugak la... apply cuti dengan boss.... ptg tu baru bella ke kl.... menemani didi.....
iye, walau pun hati bella sakit....dan kalau mengenangkan semua yang didi buat pada bella selama ni.... bella masih tidak lupa yang bella masih isteri didi.... walaupun didi bagitahu..tak payah datang..... ikutkan rasa macam2 dlm diri bella...mungkin bella buat tak tahu.... apa nak jadi pada kau..jadikla....
tapi, sisa sisa sayang dlm diri bella...dan bella tidak dididik sebegitu..bella di ajar untuk tidak pentingkan diri sendirik...jadi, bella menjaga didi....bukan bella nak tunjuk bella baik.... bella buat atas dasar tanggungjawab bella sebagai isteri...selagi bella masih bergelar isteri....
tidak tidur semlman menjaga didi.... uruskan makan minum...meneman dia check darah....bagi bella, itu la yang mampu bella buat.... dan..bella ikhlas buat semua tuh.... didi mahu hargai atau tidak...terpulang pada dia... selebihnya, bella serahkan pada Allah....
cuma, bella rasa puas sebab bella sudah cuba yang terbaek.... apa yang berlaku kemudian hari, bella berserah dan redha.....lagipun, bella terlalu banyak benda yang perlu di fikirkan....
doakan la yang terbaek untuk bella ..... aamiin!!!

Sunday, 29 March 2015
kenduri kendara
Bulan 3 ni kan cuti sekolah.... maka, ada la kawan-kawan bella yang melangsungkan perkahwinan.... kawan sepejabat pun ada.... maka, bella dan rakan ada la ke majlis perkahwinan.....
di kala hubungan bella dan didi di saat runcing.... perasaan bila ke majlis perkahwinan ni..lain sikit.... rasa sebak.... sebab terbayang saat-saat manis dulu.... betapa indah nya saat itu.... antara kenangan terindah bagi bella.... betapa seronok dan gembira semasa buat photoshoot ..outdoor... di kala hujan renyai pulak tuh....
betol....bella kadang-kadang rindu saat kami bahagia ...... momen ketika riang...gelak ketawa...jenaka yang didi buat.... saat apabila didi masakkan bella makanan.....
rindu itu kadang tak tertahan.......
apa pun...bella doakan semua pasangan yang berkahwin.... kekal bahagia sampai hujung hayat.... semoga beranak pinak.... semoga cinta korang ke hujung nyawa..... setia bersama pasangan masing2... semoga tidak ada yang menjadi seperti bella...

Thursday, 26 March 2015
kesihatan tidak mengizinkan
minggu ini... bella tak berapa sihat...mungkin kepenatan sangat..bermula bulan januari ..tidak mendapat rehat secukupnya..... berehat seketika hanya di bulan februari..semasa cuti chinese new year.... di tambah masalah peribadi bagai.... akhirnya..minggu ini bella kecundang.....
demam..selsema..batuk..sakit tekak..semua bersatu..... bella anggap ini adalah penghapus dosa-dosa bella.... berjaya dapat mc sehari.cukupla.... kerja di pejabat sangat banyak....tak terbuat nanti kalau cuti lama-lama.....
sudah hampir 17 hari bella dan didi tidak berhubung antara satu sama lain.... tempoh paling lama setakat ini...bella sendiri rasa, mungkin benar....ini adalah akhirnya.... takpe lah, andai ini yang tersurat...bella redha.....insya Allah.... mungkin didi dan bella di takdirkan bersama untuk mencari diri masing-masing...untuk mengenang kembali apa yang sebenarnya yang terjadi dlam hidup kami....
redha..pasrah

Sunday, 15 March 2015
Motivation Quote 2
bella sedang cuba bangkit daripada jatuh tersungkur,.... walaupun belum selesai semua perkara..tpi terus terang bella cakap, bella agak lega....
bella tahu bella mampu hadapi semua ini.... perit macam mana sekali pun..... tetap kena hadapi.... bertabahlah wahai wanita bernama bella....
bel, kau dh berjuang....walau akhirnya kau kecundang... tetapi kau telah berusaha.....
teruskan kehidupan bel....

Prosedur
assalamualaikum...
bella ada nak bertanya.... ade sesiapa tahu tak prosedur permohonan cerai? bella ada baca di website jabatan agama islam negeri selangor dan lain-lain.... agak kurang faham... ternampak prosedur nya mengelirukan bella sendiri....huhuhu
kalau ada rakan-rakan yang tahu...boleh tak terangkan pada bella?
terima kasih pada yang sudi berkongsi cerita... =)

Subscribe to:
Posts (Atom)